..:: Selingan Cinta::..

Flying BeeFlying BeeFlying Bee Flying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee

Friday, 7 December 2012

Personaliti Mengikut Jenis Darah





  • Darah A adalah jenis petani. Jenis yang sukakan keselarasan dan kedamaian. Boleh bekerjasama dengan baik dengan orang lain, peka, sabar dan penuh perhatian. Namun kelemahan darah ini adalah tidak boleh melakukan sesuatu dengan santai dan cenderung keras kepala. Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.

  • Darah B adalah jenis pemburu. Kumpulan darah ini mempunyai tabiat keras dan individualis, suka berterus-terang tanpa memikirkan orang lain dan melakukan segala sesuatu dengan cara sendiri. Namun juga kreatif dan fleksibel serta boleh beradaptasi dengan mudah terhadap situasi. Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka jenis yang sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan. 

  • Kumpulan AB adalah Ahli Kemanusiaan.Dingin dan terkawal. Teman-teman menjadikan golongan ini sebagai tempat berkongsi cerita, terutamanya hal perasaan dan hati. Dilahirkan untuk menghiburkan orang lain. Namun sayangnya, golongan ini cenderung moody dan sukar membuat keputusan, kadang-kadang boleh menyakiti hati orang lain. Mereka sukar untuk difahami, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik dari mengikut kata hati. Selain itu, golongan ini sangat bagus menguruskan kewangan. Walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadangkala golongan ini bersikap talam dua muka. 

  • Darah O adalah pejuang. Yang mempunyai ciri sebagai seorang pemimpin. Saat melihat sesuatu yang diinginkan, golongan ini akan berusaha untuk mencapainya. Juga termasuk trend-sitter, setia, punya daya juang tinggi dan kepercayaan pada diri yang kuat. Kelemahan darah ini adalah mudah cemburu, agak sombong dan cenderung amat kompetetif. Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. Golongan ini sangat bermotivasi dan mempunyai ciri kepimpinan semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain

No comments:

Post a Comment