Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..:: Selingan Cinta::..

Flying BeeFlying BeeFlying Bee Flying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee
Showing posts with label uitm. Show all posts
Showing posts with label uitm. Show all posts

Sunday, 19 January 2014

MY Design for Subject Publicity & Event Management


masa part 4 ni kan..
baby n team kena buat 1 small event
why small event???
sebabnya masa part 5 nnt 1 kelas kena buat 1 event yang agak besar
so nie macam permulaannya.. walaupon sebelum nie kami dah pernah buat event besar as 1 batch..
its ok..

1 kelas dibahagikan kepada few groups..
1 kumpulan tu ada 5 orang..
and kena propose few events each group..
dalam banyak banyak event yang antara kami propose.
akhirnya kami stick pada 1 event..
"CHILDREN DAY CAMP"

disebabkan baby ketua projeknya...
dan baby mastermindnya..
diorang lantik baby jadi CEO of the company..
ala.. virtual company..
tak caya???
nie la business card baby ok...



kelas tak business card tu??
i design sendiri ok~!!
macam biasa curi tampal n edit sana sini kasi santek..
haha.. i bukan budak art ok~!! so.. x heran la biasa2 jerrr.
janji hadoo...

so.. baby nak share few of my design yang berkaitan dengan event nie..
Banner
Bunting
Name Tag
Label

Invitation Card
Invitation Card (Back)

design utk Button Badge, alas cawan & kipas
so ni antara design yang baby buat..
ala.. newbie je..
tak pandai pon bab design design nie..
tapi dari habis duit bayar orang semata... baik baby dok godam je kan..
heee.

btw.. event nie cuma jadi mock-up event.. 
sebab kekangan masa...
if ada yang nak jadikan ia 1 event reality.. let me know..
i love to hear n collaborate with u guyz.. 







Love,
BabyNurul Ain

MERDEKA~!!!


alhamdulillah...
habis je paper semalam..
bermakna baby dah MERDEKA~!!

MERDEKA~!!!!
MERDEKA~!!! MERDEKA~!!!!
HO YEAHHHH ~~!!!!!

hahaa... nampak x semangatnyee..
ngeee.. biasalah...
stress melampau2 sem lepas..
kengkonon best dapat dok rumah... makan pakai terjaga..
rupanya stress jugak.. sampai kan weekend pon berulang ke shah alam..
huu.. kalau nak citer memang panjang lebar..
anyhow.. im gonna celebrating my merdeka day...
huu...

insyaallah akan kembali aktif update blog..
yang dah lama x berupdate ni kan..
insyaallah.. 





Love,
BabyNurul Ain

Friday, 13 December 2013

Critical Time


fuhh fuhh..
pergh.. penuh habuk blog nie..
maafkan baby sebab dah lama abaikan blog nie..
busy sangat...
sampaikan masa nak tido and makan pon kena catu..
lumrah seorang pelajar katakan..
namun... life must go..



zaman study degree tak macam diploma yang lebih leisure..
so.. boleh katakan sejak dari awal sem lagi baby dah memang busy..
so.. dah nak hujung2 sem nie lagi lah kritikal kan...
anyhow... i try my best to get in touch with u people..
and doakan study baby go smoothly with flows.. 





Love,
BabyNurul Ain

Sunday, 18 August 2013

Kebebasan Berita dan Informasi Siber: Suatu Paradoks



Kebebasan berita dan informasi siber: suatu paradoks.  Paradoks berdasarkan Kamus Dwibahasa Oxford bermaksud kenyataan yang bercanggah tetapi mengandungi kebenaran. Penulis menegaskan isu bahawa kebebasan berita dan informasi siber mengandungi kenyataan yang saling bercanggahan tetapi ia mengandungi kebenaran.

Di dalam artikel tulisan Suara Murba ini, penulis menggunakan struktur bahasa yang tinggi di dalam penulisannya. Contohnya penggunaan perkataan ‘paradoks’, ‘sarjana media’, ‘segregasi’, ‘ethnosentrisme’, ‘anarkisme’, ‘lewah’, ‘balkanisasi’, ‘wahana’ dan ‘anarkis’. Kadangkala perkataan yang digunakan sukar difahami sepintas lalu dan ia memerlukan pembaca untuk lebih focus dan berfikir secara kritis dan membuat bacaan tambahan untuk memahami konteks ayat berkenaan.

          Tiada penapisan internet membolehkan penulis bebas untuk berkongsi maklumat, ideologi dan fahaman mereka terhadap sesebuah isu. Disebabkan tiada sebarang akta yang melibatkan penapisan internet, ia dilihat sebagai medan yang sesuai untuk menyampaikan maklumat yang dilarang penggunaannya di media tradisional. Oleh sebab itu, ramai yang menggunakan internet sebagai medium untuk mengkritik dan melepaskan amarah mereka mengenai sesuatu perkara. Namun begitu, tanpa tapisan internet juga boleh mengundang imej yang buruk kepada Negara dimana melalui kecanggihan teknologi, pembaca dari seluruh pelusuk dunia mempunyai akses untuk mendapatkan maklumat dan boleh mewujudkan pandangan negatif sekiranya mereka membaca artikel karangan penulis yang kurang berkreadibiliti.

Dengan kecanggihan teknologi yang semakin berkembang, media siber dilihat lebih berpotensi untuk menyebarkan maklumat dengan lebih meluas kepada pembaca yang lebih besar. Hal ini kerana, ia dilihat dapat memenuhi kehendak dan keperluan pembaca yang menginginkan maklumat yang senang untuk diperoleh dengan masa yang singkat dan kurang kos yang perlu diperuntukkan. Akan tetapi kesahihan maklumat yang digunapakai oleh penulis diatas talian sebagai rujukan menjadi tanda Tanya. Kadangkala penulisan di internet lebih cenderung kepada pendapat persendirian yang dicampur dengan pergolakan emosi  seterusnya dimuatnaik untuk dikongsi kepada orang ramai.

Dapat kita lihat, di Malaysia, terdapat segragasi sosial dimana kebanyakan bangsa dipecah-pecahkan mengikut  bangsa masing-masing seperti di dalam aspek pendidikan. Media massa juga disegregasikan dimana setiap kaum besar diMalaysia mempunyai akhbar yang menyampaikan maklumat di dalam bahasa masing-masing contohnya Utusan Melayu, Nan Nyang Siang Pau dan Tamil Neesan yang melaporkan berita menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan mengetengahkan fahaman ideologi untuk kepentingan bangsa mereka. melalui segregasi ini ia dapat membentuk nilai negatif seperti semangat taksub pada perkauman. Hal ini terjadi kerana kurang persefahaman dan juga kurang pengetahuan mengenai sesuatu perkara di antara kaum-kaum tersebut. Saya rasa adalah wajar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan ideology 1 Malaysia yang bertujuan untuk menyatupadukan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia agar lebih memahami sekaligus untuk mencapai perpaduan dan keamanan sejagat.


Seperti yang kita ketahui, setiap wartawan media arus perdana perlu berpegang teguh pada prinsip dan etika kewartawanan. Walaupon cara mereka melaporkan terhadap sesebuah isu adalah berbeza namun mereka harus tetap berpaksikan kepada prinsip dan etika kewartawanan tersebut. Tetapi melalui pengamatan saya, penulis diatas talian tidak berpegang pada prinsip dan etika yang sama malah mereka cenderung melaporkan mengikut citarasa dan kehendak sendiri. Ia adalah kerana mereka mengatakan bahasa falsafah kewartawanan tersebut bagaikan mengekang kebebasan mereka bersuara.

Penulisan wartawan media tradisional perlu melalui beberapa proses yang penting seperti ‘proof reading’ sebelum disiarkan didalam akhbar. Ia bagi memastikan maklumatkan yang disampaikan bertepatan dengan garis panduan penulisan yang dikehendaki oleh syarikat dan bersikap telus. Namun bagi penulisan di internet, mereka tidak melalui proses tersebut, kiranya apa yang dikarang itu akan terus dimuatnaik di laman maya tanpa proses tapisan oleh mana-mana pihak. 






Love,
BabyNurul Ain

Kewartawanan Dalam Talian Mempunyai Kredibiliti Yang Lebih Rendah Daripada Media Arus Perdana



Kamus Dewan Bahasa edisi keempat 2005, mendefinisikan kewartawanan sebagai hal yang berkaitan dengan bidang tugas wartawan. Segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah. Terdapat hunungan yang jelas antara maklumat atau berita dengan wartawan. Wartawan pula bermaksud orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah. Wartawan juga adalah individu yang ditugaskan untuk mendapatkan maklumat untuk disampaikan kepada khalayak. 



Wartawan mempunyai tanggungjawab untuk menyalurkan maklumat berkaitan sesuatu perkara kepada umum melalui medium-medium massa yang sedia ada. Namun, dengan teknologi yang semakin canggih, ramai yang mengambil peluang untuk berkongsi maklumat melalui medium atau aplikasi yang ditawarkan di alam maya.

Kita selalu bangga dengan kemudahan yang sedia ada, maklumat itu bagaikan dihujung jari kita sahaja. Tetapi sejauh mana kesahihan maklumat yang disampaikan? Bagaimana pula dengan kredibiliti orang yang menyampaikan maklumat tersebut?

WARTAWAN MEDIA ARUS PERDANA MELAPORKAN SESUATU ISU ITU MELALUI LAPORAN DARI PROGRAM-PROGRAM YANG DIHADIRNYA SENDIRI ATAUPUN DARI SUMBER MAKLUMAT YANG BOLEH DIPERCAYAI SAHIHNYA DAN MAKLUMAT-MAKLUMAT INI DISERTAKAN DENGAN BUKTI. BUKTI PULA BERGANTUNG KEPADA BEBERAPA JENIS ANTARANYA IALAH VIDEO RAKAMAN, GAMBAR ATAUPUN SESI TEMUBUAL BERSAMA DENGAN ORANG YANG KREDIBILITI UNTUK MENGULAS MENGENAI PERKARA TERSEBUT.

NAMUN BEGITU, MELALUI PENGAMATAN SAYA, PENULIS DIATAS TALIAN LEBIH BANYAK MENGGUNAKAN SUMBER-SUMBER YANG DIDAPATI DARIPADA LAMAN SESAWANG YANG LAIN DAN MEMBUAT KESIMPULAN DARIPADA MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DIPEROLEH. KADANG-KADANG, SUMBER YANG DIBACA TERSEBUT BOLEH DIRAGUKAN KESAHIHANNYA.



sudah sedia maklum, seorang wartawan perlu mematuhi etika-etika kewartawanan yang perlu dipegang ketika menjalankan tugas. Mereka perlu jujur dan telus dalam menyampaikan informasi tersebut walaupon ditulis dari pelbagai sudut yang berbeza. Tetapi adakah mereka yang menulis didalam aplikasi dalam talian memegang kuat pada prinsip dan etika yang sama? Perkara itu amat meragukan.

Jika dikira dari sudut penulisan, semua orang boleh menulis dan menaip, namun bagaimana pula mereka mendapatkan informasi mengenai sesuatu isu atau perkara. wartawa media arus perdana diberi garis panduan yang ditetapkan oleh syarikat mengenai cara tulisan dan bentuk tulisan yang dikehendaki mereka. Tetapi adakah perkara yang sama berlaku kepada penulis media atas talian?

Terdapat juga penulisan diatas talian yang menulis maklumat mengikut emosi sahaja. Contohnya, ketika dia sedang marah kepada sesuatu pihak mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dirinya sendiri namun menceritakan di dalam laman maya dengan penuh emosi tentang sesuatu perkara.

Terdapat juga penulis ATAS TALIAN yang hanya menyampaikan maklumat mengikut citarasa dan pemikiran sendiri. Kata orang “kata-kata yang datang dari hati” atau juga dikenali sebagai “heart-to-heart conversation”sehingga mengabaikan perasaan pembaca. maklumat sebenar yang cuba disampaikan oleh sumber KELIHATAN TERSASAR JAUH DARI APA YANG DISAMPAIKAN. ADA JUGA DIANTARA MEREKA YANG MEMILIH INPUT-INPUT YANG MENARIK DAN MENGABAIKAN BEBERAPA PERKARA YANG MEREKA RASA TIDAK MENARIK ATAUPUN YANG BERCANGGAH DENGAN KESUKAAN MEREKA KETIKA MELAPORKAN MENGENAI ISU TERSEBUT.  



Sebelum sebarang berita disiarkan melalui media arus perdana, sesebuah maklumat tersebut akan melalui beberapa proses dan maklumat tersebut akan ditapiS beberapa kali sebelum disiarkan kepada orang awam. Antaranya ialah proses “proof reading”.PROSES TERSEBUT PULA MELIBATKAN BEBERAPA INDIVIDU DAN IA ADALAH UNTUK MEMASTIKAN MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH HASIL YANG TERBAIK DAN MENEPATI KEHENDAK SYARIKAT DAN PEMBACA MEREKA. Namun mengikut pengetahuan saya, penulis atas talian tidak melalui proses tersebut, dan penulisan yang dimuatnaik adalah penulisan “first-hand writing” TANPA TAPISAN DARI PIHAK KETIGA. 





Love,
BabyNurul Ain

Monday, 15 July 2013

Happy Holiday





just habis musim exam bagi student Degree UiTM
so.. selamat bercuti...






Love,
BabyNurul Ain

Monday, 8 July 2013

Kelas Mudah Alih





Pernah tak anda sebagai pelajar menrungut kerana sering lewat ke kuliah? Kesesakan jalan raya semakin hari semakin buruk. Walaupun jalan-jalan semakin diperbanyakkan dengan laluan alternatif bagi mengatasi masalah ini, namun masalah ini kelihatan semakin meruncing.  Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Ini adalah antara idea-idea menarik yang boleh kita applikasikan untuk mengatasi masalah kelewatan ke kuliah.
Idea pertama, penggunaan lift dan eskalator persendirian. Ramai yang mula terfikir untuk menggunakan kemudahan ini terutama pelajar yang perlu berjalan jauh dan menaiki tangga yang berpuluh anak tangga itu.  Belum lagi sampai ke kelas, badan sudah habis lencun dibasahi peluh.  Kalaulah ada kemudahan eskalator dan lift persendirian, ia akan lebih memudahkan.  Rujukan yang boleh kita lihat ialah lift yang digunakan di dalam filem “Charlie and the Chocolate Factory” yang membawa Willie Wonka, Charlie dan atuknya ke setiap tingkat di kilang coklat itu.
Idea kedua saya ialah penggunaan “telekopta”. Idea ini saya ambil berpandukan

buku komik Doraemon yang telah menyumbangkan idea penggunaan “Telekopta” yang boleh membawa mereka ke mana-mana sahaja yang mereka suka. Hanya perlu memasangkan alat tersebut di kepala dan ia mampu membawa mereka terbang ke destinasi dengan lebih cepat.  Aplikasi ini fungsinya hampir sama dengan helikopter cuma telekopta direka dalam saiz yang kecil.
Selain itu, penggunaan kelas bergerak. Ia dilihat lebih kondusif untuk di praktikkan. Fungsinya hampir sama dengan fungsi bas sekolah yang ditugaskan untuk mengambil pelajar dan menghantar mereka ke sekolah. Namun kali ini, kita tambah fungsi bas tersebut menjadi bilik kuliah.  Untuk menambah keselesaan, kita boleh mengubahsuai bas tersebut mengikut reka bentuk dan perabot yang sesuai untuk persekitaran pembelajaran. Kalau “Caravan” boleh diaplikasikan menjadi rumah mudah alih, kenapa tidak bas?  Penggunaan kelas bergerak ini dilihat mampu memberikan suasana yang lebih santai dan tenang buat pelajar kerana bas ini boleh sahaja membawa mereka ke tempat-tempat yang tenang  dan menarik seperti di Taman Tasik dan tepian pantai.
Penah lihat “Duck Tours”? Jikalau belum, anda boleh mencubanya di Bandar Melaka.  Idea yang seterusnya ialah membuat kelas di dalam kenderan ‘amfibia’ (boleh bergerak di permukaan jalan raya dan di atas permukaan air) ini.  Fungsi kenderaan ini hampir sama dengan penggunaan bas yang diubahsuai, cuma dengan penggunaan kenderaan ‘amfibia’ ini boleh membawa pelajar untuk menghadiri sesi pembelajaran sambil menyusuri tasik atau sungai. Tentu ia boleh menghindari pelajar dari ponteng kuliah lagi.
Antara idea lain ialah penggunakan teknologi yang canggih.  Kelas di atas talian boleh diaplikasikan sebagai satu bentuk pembelajaran yang efisyen. Dengan teknologi yang semakin canggih dari sehari ke sehari, saya rasa penggunaan komputer dan internet dilihat sebagai salah satu cara pembelajaran yang terbaik.  Tidak lagi perlu membazir kertas dan dakwat pena, kini semuanya dihujung jari anda. Kelas di atas talian boleh menggunakan aplikasi-aplikasi yang tersedia dipasaran sama ada yang berbayar ataupun aplikasi percuma.  Cuma perlu ‘on’ komputer anda, sambungkannya dengan internet dan mula berkuliah seperti biasa.






Love,
BabyNurul Ain

Thursday, 27 June 2013

Shoot Blogger Voice for TVi 180





hari isnin lepas.. 24 Jun 2013..
baby terlibat secara tak langsung dalam rakaman #Blogger Voice episod 10
untuk TVi ( channel Astro 180)
untuk siaran selepas Raya

a few days before...
ade seorang kenalan baby.. call tanya if i free on monday..
and then i say kinda yes..  whatss up.
dia nk mintak turun jd commentator / interviewee untuk slot dia..
kira ade slot utk kwn2 blogger memperkenalkan blog dia.
since the shoot is at evening..  n my consultation supposed to finished at 1.30 pm..
i agree to help him.

on the day...24 jun 2013..
yang geramnya... sepatutnya my consultation start pkol 1.15pm.
dah jadi pkol 2 baru jumpa lecturer..
membara jeeeee la hati menunggu lama2.
ade pulak sekor minah jebon ni.. cut line.. ade appointment katanya..
ghupanye appoinment ke Starbucks.
tu lagi tmbh panassss hati gua la kan..



baby habis consultation pkol 2.30 petang...
terus shoot ke Kelana Jaya.. ghupanya dh lambat sampai..
aleh aleh.. si pelakon utama yang lambat..
sooo.... ape lagi.. layan browniess kat Secret Recipe dulu..
gara-gara dok terasa lagi brownies yang Prof Raishah bagi ari tu.. sedap giler ok~!!
dah tu bergegas ke lokasi

for my question..

#apa pandangan anda mengenai Blog Khairiz

so.. aku pun pulun habis tahap tak hingat.. dengan merepek dan kerepek...
but 1 thing yang buat aku TAK PUAS HATI..
whyyy.. why... why.. aku punya slot ade 1 take aje..
yang lain ade 2-3 take..
damnn.. jeles ok~!! hetchuuu..

dh habis shoot..
kami dok lepak makan2..
best woo.. dh lme x jmpe abg2 yang nie..
Ade Zurra.. ade Abg Boy n Abg Khai (pelakon utama)
ade jugak my friend.. Esha Mahad & Nurul (kazen Esha)
dh borak merepek repek.... kita balik n tido



Abg Boy



Abang Khai

Hajar Ainisha
esha mahad






Love,
BabyNurul Ain