Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..:: Selingan Cinta::..

Flying BeeFlying BeeFlying Bee Flying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee

Friday, 7 December 2012

Aromaterapi



Aromaterapi telahpun diguna sejak bermulanya tamadun untuk merawat pelbagai keadaan. Terapi ini memerlukan minyak yang penting didapati daripada ekstrak bunga pokok, daun, cabang, kulit buah, kulit kayu atau akar melalui distilasi stim, ekstraksi solven dan pemerahan. Minyak ini  dipercayai menjadi tenaga kehidupan bagi sesuatu tumbuhan. Oleh itu, minyak sintetik tidak dapat diguna dalam rawatan ini kerana tiadanya tenaga kehidupan.

Terdapat pelbagai cara untuk menggunakan minyak yang diekstrak ini. Antaranya ialah  secara inhalasi, urut, diffusi, mandi, balutan panas atau sejuk dan minyak wangi.Sesetengah ahli aromaterapi mendakwa bahawa melalui urut, minyak itu akan menembusi kulit dan memasuki saluran darah yang boleh menyebabkan kesan fisiologikal pada badan. Walaupun begitu, bukti saintifik tidak mengesahkan bahawa substan ini boleh memasuki darah.

Aromaterapi berupaya untuk mencegah seizur pada sesetengah orang epilepsi. Dr. Tim Betts(Universiti Birmingham, England), telah melakukan kajian di mana pesakit dengan epilepsi refraktori disuruh untuk melakukan hipnosis sendiri untuk membantu relaksasi pada masa sama menerima urutan aromaterapi. Pesakit seterusnya diberitahu untuk mengambil minyak(ekstrak), sekiranya pesakit rasa serangan epilepsi berlaku. Didapati bahawa sebahagian besar pesakit bebas dari serangan seizur sepenuhnya.

Aromaterapi mungkin menolong pesakit epilepsi yang mengalami aura yang merupakan tanda bagi epilepsi akan berlaku. Penggunaan minyak ekstrak ini boleh mengelakan atau menurunkan keterukan serangan epilepsi jika diambil sebelum berlakunya serangan.

Pesakit dengan epilepsi tidak seharusnya bersin kerap kali apabila minyak aromaterapi ini disedut. Ini adalah kerana, kekerapan bersin itu sendiri dapat merangsang seizur pada sesetengah pesakit. Oleh itu, minyak ini seharusnya disedut dengan perlahan. Antara minyak ekstrak yang dapat mengelakan seizur ialah:

i)                     jasmine(jasminum officinale)
ii)                   chamomile( chamomelum spp)
iii)                  ylang-ylang( cananga odorata) 

Antara minyak yang perlu dielak yang dapat merangsang seizur adalah seperti berikut:

i)                     kamfor( cinnamomum cumphorata)
ii)                   hyssop( hyssopus offcinalis)
iii)                  fennel( foenicum vulgare)
iv)                 rosemary( rosmarinus officinalis)
v)                   sage( salvia officinalis)
vi)                 worm wood( artemisia spp)
vii)                cinnamon( cinnamomum verum, c.aromaticum)
viii)              clove( caryophyllus aromaticus)
ix)                 nutmeg(myristica fragrans)
x)                   lada hitam( piper nigrum)


Tahukah anda haruman aromaterapi dapat membantu mempertingkatkan kesihatan tubuh anda!. Berikut merupakan antara haruman aromaterapi dengan fungsi-fungsinya tersendiri.
   
1. Rosemary. Ia berkesan untuk mempertingkatkan konseterasi minda. Kajian dari International Journal Of Neuroscience mendapati, respondan yang menghirup haruman rosemary sepanjang ujian dilakukan, mempamerkan konsenterasi yang lebih baik berbanding dengan yang lain.

2. Eucalyptus atau minyak kayu putih. Ia berkesan dalam mengubati demam selsema. Kandungan eucalyptus membantu pesakit mengeluarkan hingus dan juga kahak.

3. Vanila. Haruman vanila bertindak mengawal nafsu makan terhadap makanan manis. Haruman vanila akan merangsang fungsi hormon Serotonin yang dapat menghilangkan keinginan untuk menikmati makanan yang manis.

4. Lavender. Jika anda menghadapi masalah stress, haruman lavender dapat membantu anda. Menurut journal Psychiatry Research, dengan hanya menghidu haruman ini selama lima minit, mampu menurunkan tahap hormon Kortisol yang terhasil semasa stress.

5. German Chamomile. Ia berfungsi mengurangkan senak perut dan sindron pra menstruasi. Kandungan yang ada padanya berfungsi sebagai anti pasmodik yang bertindak merehatkan otot-otot disekitar rahim.


Sumber:
http://web.usm.my/sawan/laymen/epilepsi/Aromaterapi.html
http://www.ohbulan.com/haruman-aromaterapi/


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers



BabyNurul Ain

No comments:

Post a Comment