Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..:: Selingan Cinta::..

Flying BeeFlying BeeFlying Bee Flying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee

Friday, 7 December 2012

Khasiat Buah Buahan


BUAH-BUAHAN adalah sumber makanan alami yang sudah tersedia ada dan mudah didapati, tetapi sayang, ia kadang kala dilupakan begitu saja terutama mengenai khasiatnya. 
Buah kiwi misalnya, walaupun sangat kecil tetapi ‘gagah’ kerana ia sumber baik untuk magnesium, vitamin E dan serat, di samping mengandungi vitamin C sebanyak dua kali ganda berbanding sebiji buah oren.
Begitu juga epal, sebiji sehari menjauhkan kita dari berjumpa doktor. Walaupun sebiji epal mengandungi vitamin C yang rendah, ia mempunyai antioksidan dan flavanoids, yang mana menambahkan aktiviti untuk vitamin C, secara tidak langsung membantu mengurangkan risiko barah kolon, sakit jantung dan angin ahmar.
Buah oren pula adalah antara ‘ubat’ paling manis. Mengambil dua atau empat biji buah berkenaan sehari, boleh menjauhkan selesema, kolesterol mencegah dan melarutkan batu di dalam buah pinggang serta memperkecilkan risiko barah kolon. Buah mangga juga mempunyai rahsianya tersendiri dan mungkin ramai yang tidak tahu mengenai manfaatnya dalam membantu membaiki kesihatan seksual, khususnya bagi lelaki.
Menerangkan fakta itu, pakar diet klinikal, Tan Yen Sing, berkata di sebalik rasa yang enak dan segar, mangga juga kaya berbagai vitamin, mineral, serat, dan karbohidrat. Malah, ia juga mengandung antioksidan yang tugasnya melawan radikal bebas, penyebab pelbagai penyakit seperti tekanan darah tinggi dan kardiovaskular.

Tan berkata, selain membantu sistem pencernaan, sebahagian besar seratnya larut dalam air dan dapat menjaga kolesterol supaya tetap normal.
Dengan ada semua khasiat itu dalam buah mangga ia turut membuatkan pengaliran darah dalam tubuh berjalan lancar dan keadaan itu amat baik untuk lelaki ketika melakukan hubungan seksual, sekali gus membentuk gaya hidup seks yang lebih sihat.
 pada 2005, lebih 17 juta orang meninggal dunia akibat penyakit kardiovaskular. Angka itu mencerminkan 30 peratus daripada kematian global. Kajian turut menunjukkan pengambilan lebih daripada lima hidangan buah-buahan dan sayuran sehari mengurangkan sehingga 17 peratus penyakit jantung koronari.
 kira-kira 19 peratus pengidap kanser usus dan 31 peratus pesakit yang mengalami pembuluh tersumbat didapati kurang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran.



EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain

No comments:

Post a Comment