Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..:: Selingan Cinta::..

Flying BeeFlying BeeFlying Bee Flying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee

Sunday 25 November 2012

Lirik Salam Semua - Sleeq & Aaron Aziz



Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segala nya
Assalamualaikum semua

Bukan ku lupa
Ku tak akan lupa
Semuanya ku bawa ke situ
Soalnya di mana
Ke situ berada
Soalnya siapa berani ikut aku


Mereka kata ku lupa daratan
Dan ku hanya ingin mengejar nama
Mereka lupa ku mencari makan
Sampai bila aku nak tahan lapar

Kan ku janjimu untuk setia
Sekurangnya tiga tahun
Ku setia kalau kau bersabar
Kan dengan setiap naik ada turun

Mama ada papa ada
Tolong jaga kan mereka
Sayang fahamkan aku sibuk dengan bekerja
Dengan izin Tuhan perjalanan kita lancar
Nascar aku balik kampung macam askar

Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segalanya
Assalamualaikum semua

Kan ku tinggalkan semuanya
Keluarga yang ku sayangi
Doa dari ibu ayah
Sokongan saudara
Memberi kekuatan padaku
Sepanjang perjalanan ini

Kadangkala di dalam kerjaya memerlukan pengorbanan
Dan pengorbanan itu penting di dalam kerjaya
Inilah cerita Aaron Aziz

Memang bukannya hatiku yang rela
Memang bukannya hatiku yang setuju
Untuk berjauhan dari keluarga
Untuk berpisah dengan buah hatiku

Ada yang kata diriku tak mampu
Bakat di wajah belum tahu laku
Janganlah coba diri sendiri yang malu
Ke mana pergi semangat orang melayu

Ku diberikan kekuatan
Danish Anaqi yang pertama
Keduanya insan yang terindah
Ku namakan dia Dwi Ariana
Cahaya mata yang melengkapkan keluarga Dahlia Arissa
Itulah hasil cinta diriku dengan Diyana

Semangat aku yang membara
Sekuat semangat bercinta
Ku rela tinggalkan segala nya
Assalamualaikum semua





EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain

Lirik Apo Kono Eh Jang - Ac Mizal, Fida Ibrahim n Stellar Band



Jang oh Jang
Mano pulak poi budak bertuah ni
Sonyap yo…
Siaplah jang oi…
Kobau tu tak boghi makan lai

Batu kikir jambatan bosi
Gulai udang sebelango
Cubo omak fikir dalam hati
Ayo ni bujang sudah lamo aih

[RAP]
apo kono eh jang ,
tongah malam tolanjang
ekau dah bosa panjang,
jangan duduk tolontang,
polek buna bunyik eh,
mana ada kau menughih,
tapi cubo kau donga ini pekagho bona

ko tongah ko topi kobau ko pun dah mati
korek tanah masuk lai dokek kualo pilah
ekau tengok muko dulu,
muko ko pun dah bobulu..
poi cukolah dulu
badan ko bau lombu

Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo toghaso
Carian ubek penawar duko


Poilah mandi hari dah tinggi
Jangan temonung menoman tanggo
Ke sawah kito menuai padi
Apo dikonang pekaro yang sudah

Si milah kau gilokan
Orang dah masuk meminang
Mano den lotak muko
Kondak kau jang diambik orang
Biar omak cari yang lain
Ompuk orang jangan diidam…

[RAP]
dah den koba en dulu ,
dongalah cakap cikgu,
banyak-banyak membaco,
bosa nanti berjayo,
cerdik macam anaok tok wan
sebelum jadik kayo
jangan maleh bekojo..
kono kuek usaho..

masak lomak cili padi
minom kopi cicah ghuti..
kocik-kocik mengaji..
bosa jadi montoghi..
eden ado nak posan,
janganlah ketinggalan..
hidup ado panduan..
al-Quran jadi pogangan..

Ke jelobak ke jelobu
Tuai padi tigo tangkai
Kato ombung den…
Kato ongah den…
Kato ocu den

Apo kono eh jang kau monong ajo
Orang ke bulan ekau di mano
Muko berpoluh apo teghaso
Carian ubek penawa duko

Dah den koba an dulu kumpol kan duit
Pinanglah copek ini kau tangguh an
Ke sawah kota mengumpo belanjo
Bekonan den si milah buek menantu

Apo lai kau sosakan
Menghaung tak ado guno
Milah kawin minggu dopan
Melopong kau jang putih mato
Jangan lai dikonang konang
Asik dikonang merano badan

asik tokonang meghano badan
asik tokonang meghano badan

Bekocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bio bocacak koghih dan lombing
Putih kuning den tarik juo

apo kono eh jang
apo di konang






EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain

Alahai Kpop


hurm.. saje je nak menjawab guna blog..
at least yang len boleh baca...



Apa Itu Kpop

(an abbreviation of Korean pop or Korean popular music) is a musical genre consisting of dance, electronic, electropop, hip hop, rock, and R&B music originating in South Korea. In addition to music, K-pop has grown into a popular subculture among teenagers and young adults around the world

Although in a bigger scope K-pop may include other genres of "popular music" within South Korea, outside of the country the term is more commonly used for songs sung by Korean teen idols, which covers mostly dance, electronic, rap, hip-hop, and R&B genres

(Sumber : Wikipedia)       

Kpop nie more pada lagu.. genre lagu.. yang lebih berbentuk tektonik, electric, elektro.. which sedap di dengar.. and mostly sesuai untuk dance.. sebab tu byk penyanyi korea boleh menari.. and menari masa perform.. contoh la.. lagu Sorry Sorry - Super Junior tu.. orang dengar pon masih boleh hayati beat lagu tu walaupon tak faham sepatah haram ape yang dia cakap..

Kdrama pulak more focus pada drama.. kalau kat malaysia ala2 segmen akasia, samarinda dan sebagainya..



Fesyen Kpop

tak dinafikan Kpop bergerak seiring dengan fesyennya yang tersendiri dari Seoul, Korea. tapi itu semua terpulang pada kita.. hak kita untuk memilih.. dan rasanya tanpa fesyen ala-ala Kpop nie.. kita dah memang terikut dengan fesyen dari merata tempat..  cuma apa yang boleh baby gambarkan fesyen Kpop menggunakan gabungan beberapa warna yang boleh dikatakan menarik.. kadang-kadang nampak striking/ flurosent giler kaler tu tapi bila gabung dengan warna lain.. nampak unik, dan menarik..

fesyen Kpop bukan setakat pada baju / pakaian sahaja.. namun fesyen rambut pun turut menjadi ikutkan. ye la.. fesyen cantik.. why not ikut.. semua orang pon nak nampak cantik kan...



Rupa

memang tak dinafikan ramai penyanyi/ artis/ selebriti Korea melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan anggun dan cantik... bagi baby.. lantak pi dia la.. dia punya duit dia punya suka la.. itu semua nak nampak cantik dan sempurna buat peminat.. bagi mereka itu dikatakan kepuasannya..  so.. ape hak kita nak halang kan? kalau korang rasa nak buat pembedahan plastik tu silakan.. tak de siapa nak halang namun berbalik pada hukum hakam agama.. agama mereka tak larang.. so.. bagi mereka tak ada halangan untuk mereka buat..


Fanatik Kpop

bagi baby itu semua minat mereka.. mungkin ade sesuatu yang ada pada diri artis/selebriti Korea yang buat mereka.. kata konon tak support industri malaysia.. rasanya masih ramai kot yang tonton istanbul aku datang, double trouble, teater tun siti hasmah dan lain2.. di mana letak rasa taksub..



My Voice

baby just pelik kenapa ramai yang mendiskriminasikan Kpop..sedangkan sebelum Kpop melanda kita dah pon dilonggokkan dengan elemen elemen luar... contoh : Lambakan  karya dari Indonesia, Singapura, Hollywood, Bollywood.. kenapa semua ni terjadi?? kenapa bila artis Indonesia misalnya Rossa, Krisdayanti datang Malaysia.. korang tak memekak dan melalak bisinng sekat kedatangan mereka.. bahkan kita sendiri alu-alukan kedatangan mereka.. kenapa bila artis barat seperti Jennifer Lopez datang Malaysia korang tak bising.. sedangkan mereka juga artis luar..

Kementerian (lupa kementerian ape yang bertanggungjawab) sendiri punya syarat tertentu bagi artis luar datang ke Malaysia untuk membuat sebarang konsert.. tak ade pulak termaktub artis KOREA tak boleh datang.. kalau harga tiket menjadi persoalan.. itu harga mereka, kerja mereka, team mereka, dealer sponsor mereka.. alah.. pelakon veteren tu kenapa dapat bayaran murah dari artis pujaan korang, sedangkan mereka lebih berpengalaman dan berbakat.. kalau tak percaya, bukak surat khabar.. tengok berapa banyak artis yang mengadu pasal bayaran.. tak pon korang tanya la retis2 kat facebook or twitter..

fesyen... itu semua pilihan.. korang yang nak pakai.. sesuai or tidak korang yang buat keputusan.. nie.. asal warna terang sikit.. orang akan cop. "berangan nak jadi KPOP la tu".. eh.. kira ok la tu ok.. just pakai warna2 terang.. dari artis pujaan Hollywood anda yang bagaikan terjojol sana sini.. terdedah sana sini.. kisah-kisah yang popular dikalangan artis Hollywood banyak yang berkaitan dengan Sex, Dadah, Bertumbuk dan lain2.. indonesia pon tak kurang cerai kawin dan ariel peterpan dengan kisah video lucahnya.. korea pula cuma cerita pembedahan plastik saja.. korang dah bising itu ini..

kisah pasal artis Malaysia yang terikut dengan muzik aliran KPOP.. itu hak mereka.. bagi artis terutamanya penyanyi.. mereka tampil dengan apa yang mereka tahu, dan juga kecederungan pasaran masa kini... cuba kalau komposer sekarang buat lagu cinta tangkap leleh.. rasanya korang nak beli ke sekarang??? kalau lagu retro zaman 80s.. pandai pulak korang cakap ketinggalan zaman.. habis tu ape masalah kalau diorang nak ikut genre muzik Kpop.. genre tu segar, terkini dan diminati ramai.. kenapa masa Ruffedge masuk dengan muzik hip hop yang kadang kala rap dia laju sangat sampai korang kena rewind dan slow motion tape dia banyak kali untuk korang faham tu korang tak bising...

mengenai bahasa... sejujurnyalah baby pandang rendah kalau soal korang tak faham lirik ni yang jadi isu besar kenapa korang diskriminasikan genre Kpop.. korang faham sangat ke dengan lirik Inggeris walaupun kita belajar dan boleh dikatakan fasih Inggeris.. tetap ade term tertentu yang kita tak faham.. dan namanya elemen Korea.. asal dari Korea.. tentulah guna bahasa Korea.. so..korang gunakanlah alternatif ini untuk belajar bahasa diorang.. ala.. bukan dosa pon kalau belajar bahasa diorang.. sama la jugak hukumnya korang belajar bahasa Inggeris tu.. takmo belajar pon tak salah.. tapi kalau belajar kan satu tambahan pada korang. boleh feelin feeling pandai bahasa asing..  dan yang pelik bila ARTIS MALAYSIA, lirik BUATAN MALAYSIA.. guna BAHASA INDONESIA tak bising pulak.. oo.. serumpun katakau... terpulang pada korang..

kadang-kadang bila terdengar yang kononnya orang cakap yang Orang Malaysia ni TERBUKA... baby rasa nak gelak.. siyeslah.. we such a narrowminded.. masih tertutup.. baru nak lakukan pembaharuan sedikit dah kena kutuk.. dan kena maki.. dan macam-macam lagi.. macam mana orang Malaysia nak maju..

so.. ni antara pendapat baby bila orang tanya kenapa KPop itu.. kenapa Kpop ini.. well. im not a fanatik dan baby minat muzik.. b just baby keluarkan pendapat berdasarkan pemerhatian baby.. pandangan orang lain.. terpulang pada mereka untuk jelaskan...well.. the topik is still open.. cadangan, teguran still open. dan baby hormati pandangan korang masing masing..



EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain

Soalan Panas


hello..
nie baru ade kesempatan nak share cerita dengan korang..
citer baikk punya... ok.. itu tipu..
saje je la nak coret2 cerita kat sini..

semalam baby lepak dengan geng Qazem Nor Rangers (QN Rangers)
kononnya nak sambut besday Abg QN la kan..
not a big occasion.. but still nice to lepakking..
ye la.. bila x ramai org.. more focus pada yang hadir..
and siyesly itis a last minute plan event..
so.. baby x expect pon ramai yang datang..
since ia diwar war kan pon agak lambat..
so... sape yang ade.. itu la yang kita layan..
and sincerely thanx to abg Helmi sekeluarga, Qyra Qieyrana
and special thanx to my lovely mr batman.. (teman beli kek n jd photographer x bertauliah.. hehe)
and it succeed well.. and im happy with the meet up..
jmpe my anak buah yang manja2..
dulu anak buah sorang aje.. si Aqif Anaqy sorang..
now dh tmbh 2 org - Darial n Jasmin..
meriahhhh gittu~!!

hurm.. bukan nak citer pasal tu sbnrnya..
tapi tu kira mukadimah la kot..  hahaha..
(nampak sangat kuat membebel kan.. kata batman laaaa)

since semalam baby n batman menghilangkan diri membeli kek sekejap..
sampai2 tu kak Embun terus tanya..

Embun : baby.. apsal makin kurus.. (dan di-iyakan oleh QN)

Baby : eh.. kurus ke?? hahaha.. mana ade la kak..

Embun : ye la.. makin kurus... 

Baby : eh.. pelik.. selera makan tengah menjadi2 ni kata kurus... pkol 6 ptg makan..pkol 9 dh lapar n makan lagi.. then pkol 12 lapar lagi... nie kata kurus.. 

QN : ohh.. lemak2 tu sumer pas kat org sebelah la ekk (jeling batman)

Batman : hahaha.. itu lah yang nie makin kembang.. 

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~

tengah dok lepak makan.. n kaco2 anak buah baby tu..
sekali... tak terduga..

QN : haa.. korang bila pulak...

Baby : erk.. lambat lagi kot...

QN : ikat main2 dulu ke takde ke?? 

Baby : ape main2 lak ni... ingat mainan ke.. 

huwaa.. agak sadis dengar soalan "BILA NAK KAHWIN"
bukan takmo kawin la abg, akak, acik, atok, nenek semua..
nak ... ape lak xmo kawin..
Tapi.. sabarrr...  byk lagi nak kejar sebelum kawin ni..
nnt insyaallah bila dh bersedia...
baby akan umurkan.. tak sorok2 punya.. (mcm stetmen retis.. haha.)



EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers



BabyNurul Ain

Saturday 24 November 2012

Preview : Cuba Jadi Lelaki

 Cuba Jadi Lelaki 

Sinopsis: 

Amir adalah lelaki loser dan gagap. Penampilan pula sophisticated. Dia bakal berkahwin dengan kekasihnya namun kekasihnya tidak muncul di hari pernikahan. Sejak itu, Amir kembali muram.Sejak berjumpa Hasri,keadaan berubah. Hasri mengajak Amir join kelab Valentino iaitu Kelab lelaki single. Amir jatuh hati pada gadis bernama Melia. Tanpa disedari,Hasri hanya menggunakan mereka untuk dapat perempuan untuk dirinya sendiri.



starting dengan suasana kat masjid... kononnya pengantin perempuan tak munculkan diri pada majlis pernikahan mereka.. pastu dengan personaliti blur + gagap Amir yang dilakonkan oleh Kamal Adli.. hurm.. camne nak cakap ekk... i dont think Kamal Adli the best dalam watak ni.. sebab yang nak ditonjolkan sedikit kemedi.. namun blur je tengok watak dia.. 

kemudian Amir dibawa ke satu majlis. konon-konon reunion.. tapi majlis tu nampak kosong.. tak tau kat mana salah.. tapi siyesly.. reunion tu nampak sangan kosong.. x meriah.. kawasan terlalu luas tanpa sebarang aktiviti dan kurang meriah.. kat situ dia berjumpa dengan Riz Amin dan Hairul Azreen.

Hasri (Dazrin Kamarudin) berjaya dengan watak dia yang kononnya casanova.. tapi macam pelik pulak bila taktik casanova yang digunapakai untuk memikat wanita tu macam biasa.. tak ade ayat2 puitis..x de unsur2 romantis.. but congratsz to Faralyna Idris sebab berjaya dengan wataknya.. 




EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain

Jenny Juno



Jenny, Juno is a 2005 South Korean romantic film written and directed by Kim Ho-joon.

Synopsis

The plot centers around the relationship of a 17-year-old couple, Jenny (Park Min-ji) and Juno (Kim Hye-sung), who meet in school. Jenny is a smart, bright and pretty girl. While Juno is cute, cool and good at sports and just got transferred from another school. When Jenny discovers that she is pregnant, she and Juno decide against having an abortion, opting for parenthood instead. Juno starts delivering newspapers to earn additional money to buy the food that Jenny desires. Juno strives to carry out the duties of a good father, and always stays at Jenny's side, taking care of Jenny's nutrition for the sake of their baby. 



Jenny becomes jealous due to her condition and gets into a mishap with Pyoy, a girl trying to flirt with Juno. Juno breaks up the fight and asks Jenny to never do that again because of worry for their baby. They even went to places for pregnant women, practicing an exercise for pregnant mothers and spend their time together at school and outside. They go out one day a date and take a boat out on a lake, but the ropes that bound the boat were lost and they are left stranded. They try to seek help but there is no mobile phone connection. They wait there until midnight when a fisherman arrives and sends both of them back home. Jenny gets scolded by her mother for returning late. 



They try to conceal the pregnancy from their families for as long as possible, but the truth is revealed eventually when Jenny's middle sister finds out about her pregnancy. Jenny and Juno tell their parents about her pregnancy, but they do not approve. Jenny is scheduled to be sent to the U.S. where her eldest sister lives but her parents refuse to allow the two to meet anymore. The two get married later in the month by the assistance of their classmates. One day, Juno's friend tells him that Jenny is confirmed to be sent to U.S. None of them however can reach her. Juno keeps waiting in the front of Jenny's home to meet her but her mother and sister keep avoiding him. Juno then follows Jenny's sister and because she cannot bear his sadness, she tells him that Jenny was in the mansion. When Juno finds her, Jenny's water breaks and she is then raced to the hospital and gives birth to a boy. In the last scene, Jenny is pushing Juno to study hard so that he can get a place in a top university. Their son is cared for by Jenny's 

Cast

Park Min-ji...Jenny
 Kim Hye-sung...Juno
 Im Dong-jin...Jenny's Father
 Kim Ja-ok...Jenny's Mother 
Seo Min-jung...Jenny's Sister 
Kang Nam-gil...Juno's Father 
Lee Eung-kyung...Juno's Mother
 Ahn Sun-Young...Jenny's & Juno's Teacher
 Shim Eun-Jin...Jenny's Friend 
Jung Ji-Ahn...Mi-Ji


Baby Says :

cerita nie macam ade ketinggalan plot plot tertentu... dan kesinambungannya tak bgitu menarik bagi baby.. namun sinematografinya menarik untuk dilihat... jalan cerita yang sangat cliche.. and we can predict ape akan jadi selepas ni.. 


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain

Happy Belated Birthday Qazem Nor




just nak wish happy belated birthday buat kekanda saya.
incik Qazem Nor..
yang menyambut ulang tahunnya semalam
23-11-2012


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain

Friday 23 November 2012

1 Permulaan


 assalamualaikum..
lme jugak ek x update blog ni..
well.. xde ape yang menarik pon nak dikongsi..
so.. stay humble kejap..

baru2 ni gempar kat facebook.. twitter..
mengenai boikot.. israel dan palestin..gaza sumer..
boikot itu.. boikot ini..
ayat sarcastik sana sini..

hmm.. siyesly baby x bape suka dengan perkara tersebut sebenarnya..
coz pada baby.. itu cuma bagaikan anjing melalak..
bising bising but then.. xde buat ape..
tapi kalau ade yang dah mula walau 1 langkah tu.. itu pon dh cukup baik..
dari sekadar malalak bagaikan anjing kehilangan tulang namun cuma duduk sahaja..

yesterday baby dapat call from incit Batman tersayang..
wanted to share somting wif me... tapi dia xmo citer..
separuh meroyan gak la baby malam tu..
mana taknye.. dia buat kita curious nak tau.. but dia xmo bgtau..

then today he call again.. and baby mcm biasa la.. cucuk lain..
dok pujuk psl benda ape yang dia nak bgtau semalam.
katanya "im trying to quit smoking"
alhamdulillah... baguslah..
since bende tu bende yang baik... why not kita sokong kan??

just baby curious la jugak..
biasalah.. org bila dh start smooking ni memang payah nak stop..
kena ade azam dan sesuatu yang kuat utuk mendorong..

Baby : why suddenly nk stop ni??

Batman : saya terasa dengan status awak psl rokok..

ape lagi... terus gelak la baby kan...
masa tulis status tu.. i put that as general..
but kalau dia terasa tu.. kiranya dia pon sama la kan..
bab kata pepatah.. "sapa makan cili dia terasa pedasnya"





so.. nie la status baby pasal rokok tue..
hasil sedikit dari bacaan dan pemikiran akal logik..
dan kebetulan pulak ade post psl keburukan merokok kat blog kan..
just sumber2 je.... 

Baby : awk nk berhenti ni sebab terasa dengan status saya or sebab awak memang nak berhenti..?

Batman : saya penah cuba untuk berhenti sebab seseorang.. tapi x berjaya.. now i'll try again. utk seseorang, utk kebaikan diri saya dan Kita.. 

so.. gud luck..
hope berjaya misi anda ye incit Batman..
as person yang dekat dengan awak.. im happy to hear that..




EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers



BabyNurul Ain

Monday 19 November 2012

New Hobby


assalamualaikm...
ello ebeirbodi..
just quick post je..
nak share interest baby yang baru ni..

akhir2 ni baby dok ralat buat new hobby nie..
tapi.. baru2 belajar.. so x de la chantik mana kan..
so.. now dok sebok try and error bende alah nie..
mama and papa pon sokong je hobby baru baby ni....
siap sediakan barang2 nie lagi.. thanx mama n papa..

oh ya.. lupa nak bagitau..
akhir2 nie baby dok melayan seni Quiling
paper art craft katanya..
so.. nie la rupanya seni Quiling..



dari hanya selembar kertas biasa.. yang digulung..
boleh bentuk jadi macam macam..
so.. sesuai la untuk mereka yang rajin nak buat card, album or scrapbook..
nak buat acsessories pon boleh..

so.. ni hasil yang dah jadi..
ehem ehem.. bukan hasil tangan baby k..
mine will be up later..
rite now rahsia lagi... hee..



chantik kan....
tapi.. nak buatnye bukannye senang..
amik kesabaran yang tinggi tau.. huu..



EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain

Sunday 18 November 2012

Hukum Merokok Dari Pandangan Islam





Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:  Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.


ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.



iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.


vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.


sumber: Majlis Fatwa Malaysia melalui artikel [CLICK HERE]


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain