Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..:: Selingan Cinta::..

Flying BeeFlying BeeFlying Bee Flying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee

Sunday 26 August 2012

Personaliti Wanita Melalui Bentuk Bibir



Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui. Korang nak tahu?? Jom kita gi tengok apa makna di sebalik bibirnya itu. Jeng...jeng...jeng.


Bibir segar dan kemerahan

Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.


Bibir yang biru (pucat)

Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.


Bibir yang tipis

Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.


Bibir yang mungil

Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.


Bibir yang tebal

Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!


Bibir sentiasa terbuka

Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers



BabyNurul Ain

Personaliti lelaki mengikut Zodiak


Aquarius ( 21 Januari - 19 Februari)

Orang Nya: Pijak semut tak mati... Suka yang cantik dan menarik perhatian.

Tips utk memikat: Kacang aje.. sentiasa berpakaian cantik, glamer.. comfirm dia sentiasa nak berkepit aje dengan you.

WARNING: Lelaki Aquarius nie cepat bosan dengan orang.. so sebelum dia tinggal kan kita.. kita blah dulu..



Pisces (20 Februari - 20 Mac)


Orang Nya: Segak, bergaya, ngada-ngada, choosy.. Mudah perasan. walaupon tak hensem..

Tips utk memikat: Senyum sikit kat dia, mesti dia akan ingat sampai bila-bila.

WARNING: Mungkin bakal jadi playboya.




Aries (21 Mac - 20 April)


Orang Nya: Anak mak! Smart mamat. Intelligent (boleh la... .)

Tips utk memikat: Bagus untuk minah-minah tudung (NO OFFENCE) but its true.. Jejaka Aries suka wanita yang sopan, tata-tertib... sebab nak bawa tunjuk mak so kena lah bawa balik yang bagus punya.

WARNING: Jika anda betol anda rasa kes ini pilihan anda, pilih lah. Kalau tidak, jangan lah main-mainkan hatinya. Hati dah luka sukar nak dibaiki. Macam moto yang dah rosak, makan bulan diworkshop baru baik.




Taurus (21 April - 21 Mei)

Orang nya: Mencabar. garang seperti singa, takut seperti tikus. Mereka tidak tetap dengan pendirian sendiri. Suka Bantu orang lain.

Tips utk memikat: Low profile sikit, mereka suka sesuatu yg mencabar, let him find out the real you...

WARNING: Kadang-kadang diorang suka buat kelakar seorang seorang... kesian takde orang lain layan...


Gemini (22 Mei - 21 Jun)


Orang nya: Mudah Gemok! egoistic, tak suka kalah. Kalau ada debate, jangan harap anda nak menang.. dalam apa-apa persoalan jua mereka ada aje alasan nya

Tips utk memikat: Sabar aje lah.. be patient. Sebagai perempuan, mengalah lah sikit.. lambat laun hati nya akan lembut jugak.. Lelaki Gemini nie suka pada perempuan yang lembut, hatinya akan lembut jua.

WARNING: Jangan bersikap terlalu kasar dengan nya.. kalau dah tak tahan dengan mereka.. blah aje jangan banyak cakap.. mereka panas baran. Tak guna bertengkar anda tak akan menang punya pasal diorang nak menang jer... ..


Cancer ( 22 Jun - 23 Julai)

Orang nya: Segak, Step kaya, bermurah hati, suka menunjuk-nunjuk dengan kemewahan.. tetapi mereka adalah sebalik nya..(berhati-hati ya)

Tips utk memikat: Jangan pulak anda pun nak step kaya... nanti habis duit dikebas.

WARNING: TOLONG Jangan terpedaya dengan kata manis nyer.. first first manis, kalau dah lama jadi masam.. kadang kadang jadi basi...



Leo (24 Julai - 23 Ogos)
Orang nya: Penyayang, warm hearted, tidak kedekut bila mahu berkongsi kesenangan dan kemewahan dengan orang yang disayangi nya. Jejaka Leo ini juga seorang yang ambitious, self-centered tapi tak ego.(kadang-kadang je ego). Pandai berkata-kata.

Tips utk memikat: Sebagai perempuan, harus lah menunjukkan kewanitaan yang selembut-lembutnya. Kena tahu bagaimana menilai dan menghargai setiap ciri dan kualiti ada pada jejaka leo.

WARNING: Jangan.. saya ulangi.. JANGAN bercakap atau memuji lelaki lain di hadapan LEO. Mereka tak suka dibanding-bandingkan dengan orang lain.. mereka tu sensitif! Sikit sikit tak boleh, nanti merajok, balik bilang mak.



Virgo (24 Ogos - 23 September)

Orang nya: Pemalu, tak pandai mengawal emosi, ceng'eng.. Suka mencari perhatian dari perempuan.

Tips utk memikat: Lelaki Virgo suka yang pendiam, tak kecoh, sofisticated, simple, jangan banyak cakap..(cerewet pulak si virgo nie) So kenalah pandai menyerlahkan nilai-nilai kewanitaan, gaya yang manis, kelembutan dan tak lupa kesabaran..(virgo ceng'eng.. kuat merajuk)

WARNING: Bila pergi dating, jangan pakai yang ter "over welming".. virgo ini gatal..(chicky duck) kalau dia over gatal, kasi jer flying kick sama dia.



Libra ( 24 September - 23 Oktober)

Orang nya: Cerewet, posessive, takes things lightly when comes to quarrel tapi jujur dlm segala hal. Suka buat keputusan `last minute`. Seringkala kontrol diri depan perempuan.

Tips utk memikat: Senang aje.. Libra suka perempuan yang ceria, happy go lucky.. SO be urself.

WARNING: So bila nak date.. makai lah make-up yg sederhana.. tapi jangan lupa cover-up pimple jika ada.. a big turn off for Libra pasal diorang ingat diorang nie semua hensem.



Scorpio ( 24 Oktober - 22 November)


Orang nya: Action serius, mudah cemburu, mood swing..

Tips utk memikat: Sentiasa menghargai nya.. nak bergayut di talifon berjam-jam pun takpe! janji dengan dia, kerana Scorpio ini macam Libra juga, posessive. Tak suka berkongsi perempuan nya dengan orang lain.

WARNING: Buat pilihan yg betol bila mahu memikat scorpio, kerana bila dah terjerat susah nak escape dari scorpio... (jangan kata tak kasi warning)



Sagitarius ( 23 November - 21 December)
orang nya: Fu.. yoh.. siapa dapat memang untung... Sagitarius org nya happy aje.. suka (bergembira tepok tangan sama2.. la la la..) bawa partner jalan-jalan.. Sort of adventurous.

Tips utk memikat: Sentiasa ada kan plan bila nak keluar.. tengok wayang ke? kanoeing ke? Anything asal kan jangan membosan kan ...

WARNING: Jangan "u plan.. i plan lah"..'confirm tak ada plan'.


Capricon ( 22 December - 20 Januari)


Orang Nya: Egoistic, ada batu duduk di atas itu kepala, pendek kata Capricon seorang yang sukar nak meluah kan perasaannya. Jarang sekali anda akan mendengar dia melafazkan 'cinta' pada anda.

Tips utk memikat: COOL aje sis.. nak tekel mereka bukan mudah.. jangan give in selalu.. ajar sikit.. mereka jual mahal.. kita jual lagi mahal

WARNING: Macam layang-layang putus tali.. jual mahal... mahal jugak sis.. jangan mahal sampai terputus tali.. melepas lah kau nanti...


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers



BabyNurul Ain

Personaliti Melalui Zodiak



Capricorn-Yang Posesif

Ciri Positif:


Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Disember hingga 19 Januari dikatakan bernaung di bawah zodiak Capricorn, yang berlambang kambing. Anda mengutamakan kejayaan, status, kedudukan, reputasi, kesetiaan, penumpuan, di samping berkebolehan menyelesaikan masalah, bertanggungjawab, memperlihatkan kebijaksanaan, dan keseriusan belajar melalui pengalaman.

Ciri Negatif:

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap memandang buruk (pesimis), selalu terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.

Kualiti Astrologi:

Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan LIBRA.

Aquarius Yang Rasional

Ciri Positif:

Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.


Ciri Negatif:

Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.

Kualiti Astrologi:

Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan SCORPIO.


Pisces Yang Sensitif

Ciri Positif:


Orang yang lahir pada tarikh antara 19 Febuari hingga 20 Mac dikatakan bernaung di bawah zodiak Pisces, yang berlambang ikan. Anda mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja, sentiasa mencari ilham, memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik, beragama, bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak mudah mengaku kalah.

Ciri Negatif:

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa keliru, bersalah, mudah mengaku kalah – diri, kecewa, bimbang, risau, terlibat dalam penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.

Kualiti Astrologi:

Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan SAGITTARIUS.

Aries Yang Penuh Daya Tarikan

Ciri Positif:


Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mac hingga 20 April dikatakan bernaung di bawah zodiak Aries, yang berlambang Biri-biri jantan. Dengan yang demikian, anda seorang yang berani, yakin, inisiatif, mengutamakan tindakan, ada pertahanan diri, ada rasa merintis, ada daya juang, dan pencipta nasib.

Ciri Negatif:

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda ini terlalu pemikir , ada kekasaran, kesombongan diri, gemar menimbulkan permusuhan, agresif, hasil kerja tak sempurna, dan ada kelemahan.

Kualiti Astrologi:

Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah CAPRICORN, CANCER dan LIBRA.

Taurus Yang Setia

Ciri Positif:


Orang yang lahir pada tarikh antara 21 April hingga 20 Mei dikatakan bernaung di bawah zodiak TAURUS, yang berlambang Lembu Jantan. Dengan yang demikian, Taurus mengutamakan kekayaan, ketinggian rohaniah, kaut daya rasa, kesetiaan, gemar berpeleseran, kesuburan, terlalu praktis, murah rezeki dan ketabahan.

Ciri Negatif:

Walau bagaimana pun, ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan, terlalu mengongkong, keras hati, suka menurut rasa hati dan buntu fikiran.

Kualiti Astrologi:

Taurus termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, daya ketabahan, daya ketahanan, dan daya kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah AQUARIUS, LEO dan SCORPIO.

Gemini Yang Bebas

Ciri Positif:


Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian, Gemini mahir berkomunikasi, suka mengembara, serba boleh, bijak, ada kuasa bercakap, berkebolehan menulis, kedekatan pada sanak saudara dan jiran, gemar penghijrahan, dan bersikap terbuka.

Ciri Negatif:

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja, berperangai keanak–anakan, gugup, talam dua muka, bercakap kosong, tak lengkap dan suka berpura–pura.

Kualiti Astrologi:

Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS.

Cancer Yang Hangat

Ciri Positif:


Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Jun hingga 20 Julai dikatakan bernaung di bawah zodiak CANCER, yang berlambang Ketam. Dengan yang demikian, Cancer sukakan rumah tangga, keluarga, kesihatan, makanan, ada rasa simpati, memberi perlindungan, agak sensitif, punya kesabaran, kejujuran, dan kepintaran.

Ciri Negatif:

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap keanak-anakan, berbolak–balik, berpuak–puak, tidak selamat, terlalu bertahan dan takut pada perpisahan.

Kualiti Astrologi:

Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CAPRICORN dan LIBRA.

Leo Yang Dapat Dipercayai

Ciri Positif:


Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Julai hingga 21 Ogos dikatakan bernaung di bawah zodiak LEO, yang berlambang Singa. Anda mengutamakan rasa cinta, mesra, bersifat pemurah, ada daya kepimpinan, menonjolkan kemegahan, sentiasa hidup, menonjolkan keagungan, keberanian, keupayaan, rapat dengan anak–anak, berbakat dan suka pada hiburan.

Ciri Negatif:

Walau bagaimana pun, ada kalanya Leo ini kerap menunjukkan ego, banyak cakap, memperlihatkan sifat ketuanan, menunjuk–nunjuk, mengejar kemewahan, dan menghadapi komplek rendah diri dan bangga diri.


Kualiti Astrologi:

Leo termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, AQUARIUS dan SCORPIO.


Virgo Yang Serius

Ciri Positif:


Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung di bawah zodiak VIRGO, yang berlambang Seorang Gadis. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan, ada kesedaran, memberi penumpuan berdisiplin, praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.

Ciri Negatif:

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik.

Kualiti Astrologi:

Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, PISCES dan SAGITARIUS.


Libra Yang Bijak

Ciri Positif:


Orang yang lahir pada tarikh antara 23 September hingga 22 Oktober dikatakan bernaung di bawah zodiak LIBRA, yang berlambang Alat Penimbang (Dacing). Dengan yang demikian, orang yang berzodiak Libra biasanya berciri–ciri harmoni, seimbang, gemarkan perkahwinan, sukakan perhubungan, mengutamakan kesamarataan, pakatan, diplomasi, berseni, suka membantu, sentiasa dalam keadaan ceria, dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan.

Ciri Negatif:

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap bolak-balik, pura-pura, tidak jujur, tujuan kurang tegas, atau tindakan kurang seimbang.

Kualiti Astrologi:

Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif (berprinsip memulakan sesuatu). Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk merangsang dan memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan CAPRICORN.


Scorpia Yang Rasional

Ciri Positif:


Orang yang lahir pada tarikh antara 23 Oktober hingga 22 November dikatakan bernaung di bawah zodiak SCORPIO, yang berlambang Kala Jengking. Anda mempunyai daya penarik, kreatif, ada keinginan yang kuat, punya stamina, daya seksual yang tinggi dan ada bakat menyembuh.

Ciri Negatif:

Walau bagaimana pun,ada kalanya Scorpio mudah menaruh rasa cemburu, suka menuntut bela, suka ‘membinasakan diri’, melampau, fanatik, tamak dan berdaya untuk menyerang.

Kualiti Astrologi:

Scorpio termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan AQUARIUS.

Sagittarius Yang Berwawasan

Ciri Positif:

Orang yang lahir pada tarikh antara 23 November hingga 20 Disember dikatakan bernaung di bawah zodiak SAGITTARIUS, yang berlambang Pemanah. Anda minat belajar, bersikap optimis, kembara, kefahaman diri, berminda tinggi, mempunyai hati nurani, berpegang pada agama, psikologi, suka pada keseronokan, bijaksana, selalu ada tuah, gemar penerokaan dan ada pelbagai impian.

Ciri Negatif:

Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berada dalam kecuaian, tidak mematuhi undang-undang, berada dalam kegelisahan, pembazir, terlalu menurut kehendak hati, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.

Kualiti Astrologi:

Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan PISCES.


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers



BabyNurul Ain

Lirik Bomba - Jessy Matador


Bombastick I like your bombastick hey ho
Bombastick je veux ton bombastick hey ho

Hey baby (baby), montre moi ton corps de rêve
Qui fait kiffer tous les bandits (bandits)
Quand tu bouges ton body
Tout le monde te regarde et applaudit
T’es belle et sexy
Bomba dans la party

Bombastick I like your bombastick hey ho
Bombastick je veux ton bombastick hey ho
Bombastick I like your bombastick hey ho
Bombastick je veux ton bombastick hey ho
Bombastick I like your bombastick hey ho
Bombastick je veux ton bombastick hey ho

Je veux te voir bouger
Vas-y remues tes formes
Suis moi tu vas kiffer
Pas moyen que tu dormes

Hey baby (baby), montre moi ton corps de rêve
Qui fait kiffer tous les bandits (bandits)
Quand tu bouges ton body
Tout le monde te regarde et applaudit
T’es belle et sexy
Bomba dans la party


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers



BabyNurul Ain

Lirik SPY - Super Junior


Nae-ga sarang-han s. P. Y. Keunyeoreul chocha day and night
Jabhil -deut jabhiji anha keurimjacheoreom butjiman
Nae-ga sarang-han s. P. Y. Keunyeoreul chocha day and night
Sumi teok kkeut-kkaji cha wah keunyeoreul kyeonun geu sunkan

I got you little runaway (x4)

Il-saengildae seuril donneun seutori-ga chigeumbu-teo ha-ira-iteu mag tallil keoya chuk
Bonneungeuro kkeokkeun haendeul keuge dab il-keol butjab-go balba bwah maen kkeut-kkaji ka bwah

Hamjeongeul pihae bwaht-jande nae pomange jabhin baby
Keu son-mashi charishae ikeot cham sara-i-nne

Nae-ga sarang-han s. P. Y. Keunyeoreul chocha day and night
Jabhil -deut jabhiji anha keurimjacheoreom butjiman
Nae-ga sarang-han s. P. Y. Keunyeoreul chocha day and night
Sumi teok kkeut-kkaji cha wah keunyeoreul kyeonun geu sunkan

Koldeu pinggeoreul chajaseo yeong-hwah gateun che-ishing tallyeosseo
Seororeul bi-utko nollimyeo chochko chochneun beu-llokbeoseu-teo
Keu kkoriwahye gin georireul jobhyeosseumyeon ije meomchwoseo
Now one two one two, let’s go, go!

Do-o ro-o ro-o do-o (go gick it in the butt! Go gick it in the!)
Do-o ro-o ro-o do-o (go gick it in the butt! Go gick it in the!)

Chinjeorhashin nebike-isyeon mianhajiman kkeobeorigo jimseung gateun nae bonneungmaneuro kyesok
Ka ka ka ja i gili majdamyeon nan o.K. Keuge namjaya maen animyeon not o.K.

Hamjeongeul pihae bwaht-jande nae pomange jabhin baby
Keu son-mashi charishae ikeot cham sara-i-nne

Na, na, na, nareul sarang-han spy girl deo, deo, deo meolli darana
Chimchakhan sonkkeu-teul tteona pyojeo-ge kkojhil ttae neukkyeojyeo
Shimjangi michin -deut ttwiigo meorineun cha-gawojyeo a-hey

I got you little runaway (x2)

Chimchakhan sonkkeu-teul tteona pyojeo-ge kkojhil ttae neukkyeojyeo
Shimjangi michin -deut ttwiigo meorineun cha-gawojyeo a-hey



EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers



BabyNurul Ain