1 - Banyak lelaki yang sukakan wanita yang mempunyai sikap berterus terang dan tidak berpura-pura. Jadi janganlah menunjukkan sikap hipokrit kerana lama-kelamaan tembelang anda akan pecah juga. 
~> hee.. saya suka berterus terang... tapi kadang2 baby risau kalau2 sikap berterus terang ni menyakitkan hati dan mengguris perasaan dia.. so, mcm mana?
2- Tahu menjaga diri dan membuatkan diri dihormati sebagai seorang wanita. Jarang ada lelaki yang mahu mengambil kesempatan ke atas wanita yang pandai menjaga harga diri. 
3- Bijak bergaya. Tidak seharusnya memperagakan tubuh badan tetapi berpakaianlah mengikut kesesuaian tempat dan suasana.
~> baby selalu nak nampak terbaik depan dia.. tapi, dia selalu say.. no this, tak mo itu, dan bla bla bla.. tak supportive betol.  
4- Penyayang, manja, lemah-lembut dan romantik. 
~> dh mmg sikap semulajadi memang manja.. tapi dia kuat cemburu.. haa.. 1 lagi baby tak romantic. 
5- Berkaliber dan boleh dibawa berbincang. 
~> kami suka berdebat... :(
6- Penghibur, suka tersenyum dan sentiasa riang. 
7- Menghormati perasaan orang lain. 
8- Pandai menjaga personaliti diri agar sentiasa nampak kemas dan menarik. 
9- Lemah-Lembut dalam tutur kata dan pandai menyusun ayat. 
10- Berfikiran terbuka dan boleh dibawa ketengah dan ke tepi. 
11- Tidak terlalu gemuk dan tidak terlalu kurus. 
12- Menpunyai karier dan cita-cita. Lelaki suka jika pasangannya mempunyai pengatahuan yang luas.
 13- Pandai mengambil hati orang tua. 
14- Lelaki tidak suka wanita yang kasar, suka bertepuk tampar atau mencubit walau baru pertama kali berjumpa. 
~> tapi... kalau geram macam mana?? tak boleh jugak ke?
15- Jangan menunjuk-nunjuk barang kemas dan memakai terlalu banyak kerana ada lelaki yang berasa anda mata duitan. 
16- Elakan sikap suka berbohong kerana ia akan membuatkan lelaki sukar untuk mempercayakan anda lagi. 
17- Jangan suka merengek.. 
18- Jangan suka mengarah lelaki. 
19- Jangan meninggi suara atau menengking walau kita tidak berniat untuk berbuat begitu. 
20- Biarkan pasangan membayarr bila dia mahu berbuat begitu kerana bila kita menolak dia merasakan egonya tercabar. 
21- Jangan ketawa mengilai-gilai. 

BabyNurul Ain




No comments:
Post a Comment