hoo.. dah lama tak post pasal Info Kesihatan kat blog nie..
so.. baby rasa macam nak share post pasal Info Sihat lah..
mana tau korang korang dan korang boleh kongsi tips2 ke ape kan..
Mati Pucuk
Mati pucuk nie xde kaitan dengan daun, pokok or tumbuh tumbuhan.
tapi ini sangat penting bagi kaum lelaki..
dan kaum perempuan... kena la jugak amik tau kan..
1 day akan berkahwin... so kalau boleh tak mau la terjadi kat Mr Hubby kita kan.
fine~!! isu ini mungkin agak sensitive..
18SX katanya..
namun dalam mendapatkan ilmu.. rasanya xde had limit umur..
so.. nie untuk pengetahuan ye..
Dalam masyarakat Melayu, lelaki dewasa yang tidak mampu mencapai ketegangan zakar atau ereksi dengan rangsangan seksual dikatakan mengalami MATI PUCUK. Mereka yang mengalaminya pada peringkat awal dikenali sebagai penderita LEMAH TENAGA BATIN. Istilah perubatan moden menyebut Mati Pucuk sebagai IMPOTENSI [English : Impotency ], manakala Disfungsi Erektil pula untuk Lemah Tenaga Batin [ English : Erectile Dysfunction ]
Kegagalan zakar untuk mencapai ketegangan atau ereksi, bukanlah satu penyakit, tetapi adalah petanda awal/simptom atau akibat susulan dari penyakit seperti Diabetes, Tekanan Darah Tinggi, Penyakit Jantung. Perlu diketahui bahawa kandungan kimia di dalam ubat doktor untuk melegakan penyakit-penyakit tersebut boleh mengakibatkan Lemah Tenaga Batin dan seterusnya Mati Pucuk.
Stress, gangguan emosi dan psikologi boleh menyebabkan Kegagalan Ereksi. Selain itu, di dalam masyarakat Melayu sering diperkatakan tentang peranan SIHIR yang menjadi penyebab Mati Pucuk.
..:: Jenis Jenis Mati Pucuk ::..
Terdapat 4 jenis mati pucuk dan di senaraikan di bawah ini bagi menambah pengetahuan anda. Sila AMBIL PERHATIAN sekiranya ANDA mengalami :
1. Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.
2. Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.
3. Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.
4. Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.
..:: Tanda- Tanda Awal Mati Pucuk ::..
1. lambat mencapai ketegangan zakar setelah rangsangan seksual.
2. Ereksi yang tidak betul-betul keras [tegar] kerana tekanan pembuluh zakar kurang dari 6PSI – gagal membuat tusukan ke dalam faraj.
3. Inzal atau ejakulasi pra-matang dan cepat layu serta tak mampu bangun kembali atau mengambil masa yang lama untuk mencapai ereksi selepas ejakulasi pertama
4. gagal mencapai ereksi yang mampat untuk meneruskan persetubuhan sehingga pasangan mencapai klimaks
5. Air mani cair, keluar meleleh dan tidak memancut dengan kuat
6. kencing yang tidak tus, tidak puas dan menyimpan sisa
7. zakar yang tidak mengalami ereksi ketika hampir waktu subuh atau dalam istilah perubatan disebut Penile Nocturnal Tumescence
8. tidak berdaya untuk menyempurnakan jimak dalam suatu tempoh yang diperlukan untuk memberi orgasm kepada pasangan seks
9. Kelemahan seksual Lelaki adalah lebih ketara di kalangan perokok, pengidap diabetes, pesakit jantung, tekanan darah tinggi dan individu yang mengalami stress.
Ketirisan tenaga syahwat bagi setiap individu lelaki adalah berbeda mengikut sumber gangguan - akibat masalah fizikal, psikologi dan paranormal. Walaupun begitu, peratusan peranan fizikal adalah yang paling tinggi dan mudah untuk dikendalikan melalui kaedah pemakanan supplemen herbal
..:: Faktor Mati Pucuk ::..
- Setiap penyakit yang mempengaruhi bahagian kelamin seperti radang pada bahagian kelamin internal, kelenjar prostat yang lembik dan membengkak, bahagianvesicula seminalis di mana terdapatsemen disimpan, tumor
- Penyalahgunaan ubat-ubatan, alkohol, bius dan nikotin rokok dan sejenisnya Menyebabkan merosotnya daya seks.
- Tekanan darah yang rendah dan penyakit kencing manis, boleh menjadikan seseorang mati pucuk.
- Gaya hidup seseorang yang tidak sihat sejak lahir walaupun ini jarang berlaku adalah sebab terjadinya mati pucuk organik.
- Umur tua juga akan mempengaruhi kemampuan untuk melakukan hubungan kelamin sama ada boleh atau tidak.
- Kebiasaan masturbasi (melancap) ie. Memuaskan nafsu seks dengan tangan akan menyebabkan mati pucuk.
- Keletihan yang berlarutan juga menyebabkan mati pucuk.
- Coitus interuptus atau persetubuhan terputus boleh menyebabkan seseorang mati pucuk. Cara ini menimbulkan radang pada vesikula seminalls.
- Kesihatan yang terganggu berpunca dari penyakit-penyakit yang berkaitan dengan darah, jantung atau ginjal pun boleh mengurangi dorongan seks yang akhirnya berubah menjadi mati pucuk.
..:: Cara Mengelak Mati Pucuk ::..
- Kekalkan berat badan yg sihat dan ideal
- Kurangkan memakan daging berlemak, telur, susu, ais krim, mentega dan keju.
- Kurangkan menggoreng makanan, lebih elok ianya dipanggang atau direbus.
- Lebihkan memakan ikan.
- Kurangkan memakan makanan yang masin atau makanan yang diproses.
- Makanlah banyak makanan yang segar, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran segar.
- Bersenamlah selalu selama 20 atau 30 minit sekurangnye 3 kali seminggu.
- Jaga tekanan darah dan kolestrol dlm badan
- Elakkan pengambilan minuman beralkohol
- Amalkan senaman sihat
- Berhenti merokok
- Elakkan hubungan seks yang terlalu agresif
- Jalani pemeriksaan kesihatan setiap 6 bulan
..;; Doa & Amalan Mencegah Mati Pucuk ::..
1. Afdhal sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan bismillah. Dan seterusnya membaca Surah Al-fatihah:
2. Kemudian membaca potongan ayat Al-Quran Al-Karim didalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 30:
3. Langkah yang seterusnya menadah tangan sepertimana untuk berdoa’ kepada Allah Ta’ala, lalu membaca kalimah ini:
4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun kebawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak.
lebih afdhal amalkan amalan ini selepas solat subuh dan sentiasalah beristiqamah, semoga dengan amalan ini dapat menghindari dari penyakit-penyakit batin insyaAllah, dan apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar,sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.
sumber :
- http://ezany-kun.com/tanda-tanda-mati-pucuk/
- http://mati-pucuk.blogspot.com/
- http://wannuraterapi.wordpress.com/2012/09/19/tanda-tanda-lelaki-mengalami-mati-pucuk/
- http://kedaikuhebat.com/baranghebat/2011/10/17/masalah-lelaki-mati-pucuk-dan-lemah-zakar/
- http://hasnulhadiahmad.com/doa-khusus-mencegah-mati-pucuk-atau-lemah-tenaga-batin/#more-3543
Love,
BabyNurul Ain
No comments:
Post a Comment