Pernah tak anda sebagai pelajar menrungut kerana sering lewat ke kuliah? Kesesakan jalan raya semakin hari semakin buruk. Walaupun jalan-jalan semakin diperbanyakkan dengan laluan alternatif bagi mengatasi masalah ini, namun masalah ini kelihatan semakin meruncing. Bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Ini adalah antara idea-idea menarik yang boleh kita applikasikan untuk mengatasi masalah kelewatan ke kuliah.
Idea pertama, penggunaan lift dan eskalator persendirian. Ramai yang mula terfikir untuk menggunakan kemudahan ini terutama pelajar yang perlu berjalan jauh dan menaiki tangga yang berpuluh anak tangga itu. Belum lagi sampai ke kelas, badan sudah habis lencun dibasahi peluh. Kalaulah ada kemudahan eskalator dan lift persendirian, ia akan lebih memudahkan. Rujukan yang boleh kita lihat ialah lift yang digunakan di dalam filem “Charlie and the Chocolate Factory” yang membawa Willie Wonka, Charlie dan atuknya ke setiap tingkat di kilang coklat itu.
Idea kedua saya ialah penggunaan “telekopta”. Idea ini saya ambil berpandukan
buku komik Doraemon yang telah menyumbangkan idea penggunaan “Telekopta” yang boleh membawa mereka ke mana-mana sahaja yang mereka suka. Hanya perlu memasangkan alat tersebut di kepala dan ia mampu membawa mereka terbang ke destinasi dengan lebih cepat. Aplikasi ini fungsinya hampir sama dengan helikopter cuma telekopta direka dalam saiz yang kecil.
buku komik Doraemon yang telah menyumbangkan idea penggunaan “Telekopta” yang boleh membawa mereka ke mana-mana sahaja yang mereka suka. Hanya perlu memasangkan alat tersebut di kepala dan ia mampu membawa mereka terbang ke destinasi dengan lebih cepat. Aplikasi ini fungsinya hampir sama dengan helikopter cuma telekopta direka dalam saiz yang kecil.
Selain itu, penggunaan kelas bergerak. Ia dilihat lebih kondusif untuk di praktikkan. Fungsinya hampir sama dengan fungsi bas sekolah yang ditugaskan untuk mengambil pelajar dan menghantar mereka ke sekolah. Namun kali ini, kita tambah fungsi bas tersebut menjadi bilik kuliah. Untuk menambah keselesaan, kita boleh mengubahsuai bas tersebut mengikut reka bentuk dan perabot yang sesuai untuk persekitaran pembelajaran. Kalau “Caravan” boleh diaplikasikan menjadi rumah mudah alih, kenapa tidak bas? Penggunaan kelas bergerak ini dilihat mampu memberikan suasana yang lebih santai dan tenang buat pelajar kerana bas ini boleh sahaja membawa mereka ke tempat-tempat yang tenang dan menarik seperti di Taman Tasik dan tepian pantai.
Penah lihat “Duck Tours”? Jikalau belum, anda boleh mencubanya di Bandar Melaka. Idea yang seterusnya ialah membuat kelas di dalam kenderan ‘amfibia’ (boleh bergerak di permukaan jalan raya dan di atas permukaan air) ini. Fungsi kenderaan ini hampir sama dengan penggunaan bas yang diubahsuai, cuma dengan penggunaan kenderaan ‘amfibia’ ini boleh membawa pelajar untuk menghadiri sesi pembelajaran sambil menyusuri tasik atau sungai. Tentu ia boleh menghindari pelajar dari ponteng kuliah lagi.
Antara idea lain ialah penggunakan teknologi yang canggih. Kelas di atas talian boleh diaplikasikan sebagai satu bentuk pembelajaran yang efisyen. Dengan teknologi yang semakin canggih dari sehari ke sehari, saya rasa penggunaan komputer dan internet dilihat sebagai salah satu cara pembelajaran yang terbaik. Tidak lagi perlu membazir kertas dan dakwat pena, kini semuanya dihujung jari anda. Kelas di atas talian boleh menggunakan aplikasi-aplikasi yang tersedia dipasaran sama ada yang berbayar ataupun aplikasi percuma. Cuma perlu ‘on’ komputer anda, sambungkannya dengan internet dan mula berkuliah seperti biasa.
Love,
BabyNurul Ain
No comments:
Post a Comment