Kamus Dewan Bahasa edisi keempat 2005, mendefinisikan kewartawanan sebagai hal yang berkaitan dengan bidang tugas wartawan. Segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah. Terdapat hunungan yang jelas antara maklumat atau berita dengan wartawan. Wartawan pula bermaksud orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah. Wartawan juga adalah individu yang ditugaskan untuk mendapatkan maklumat untuk disampaikan kepada khalayak.
Wartawan mempunyai tanggungjawab untuk menyalurkan maklumat berkaitan sesuatu perkara kepada umum melalui medium-medium massa yang sedia ada. Namun, dengan teknologi yang semakin canggih, ramai yang mengambil peluang untuk berkongsi maklumat melalui medium atau aplikasi yang ditawarkan di alam maya.
Kita selalu bangga dengan kemudahan yang sedia ada, maklumat itu bagaikan dihujung jari kita sahaja. Tetapi sejauh mana kesahihan maklumat yang disampaikan? Bagaimana pula dengan kredibiliti orang yang menyampaikan maklumat tersebut?
WARTAWAN MEDIA ARUS PERDANA MELAPORKAN SESUATU ISU ITU MELALUI LAPORAN DARI PROGRAM-PROGRAM YANG DIHADIRNYA SENDIRI ATAUPUN DARI SUMBER MAKLUMAT YANG BOLEH DIPERCAYAI SAHIHNYA DAN MAKLUMAT-MAKLUMAT INI DISERTAKAN DENGAN BUKTI. BUKTI PULA BERGANTUNG KEPADA BEBERAPA JENIS ANTARANYA IALAH VIDEO RAKAMAN, GAMBAR ATAUPUN SESI TEMUBUAL BERSAMA DENGAN ORANG YANG KREDIBILITI UNTUK MENGULAS MENGENAI PERKARA TERSEBUT.
NAMUN BEGITU, MELALUI PENGAMATAN SAYA, PENULIS DIATAS TALIAN LEBIH BANYAK MENGGUNAKAN SUMBER-SUMBER YANG DIDAPATI DARIPADA LAMAN SESAWANG YANG LAIN DAN MEMBUAT KESIMPULAN DARIPADA MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DIPEROLEH. KADANG-KADANG, SUMBER YANG DIBACA TERSEBUT BOLEH DIRAGUKAN KESAHIHANNYA.
sudah sedia maklum, seorang wartawan perlu mematuhi etika-etika kewartawanan yang perlu dipegang ketika menjalankan tugas. Mereka perlu jujur dan telus dalam menyampaikan informasi tersebut walaupon ditulis dari pelbagai sudut yang berbeza. Tetapi adakah mereka yang menulis didalam aplikasi dalam talian memegang kuat pada prinsip dan etika yang sama? Perkara itu amat meragukan.
Jika dikira dari sudut penulisan, semua orang boleh menulis dan menaip, namun bagaimana pula mereka mendapatkan informasi mengenai sesuatu isu atau perkara. wartawa media arus perdana diberi garis panduan yang ditetapkan oleh syarikat mengenai cara tulisan dan bentuk tulisan yang dikehendaki mereka. Tetapi adakah perkara yang sama berlaku kepada penulis media atas talian?
Terdapat juga penulisan diatas talian yang menulis maklumat mengikut emosi sahaja. Contohnya, ketika dia sedang marah kepada sesuatu pihak mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dirinya sendiri namun menceritakan di dalam laman maya dengan penuh emosi tentang sesuatu perkara.
Terdapat juga penulis ATAS TALIAN yang hanya menyampaikan maklumat mengikut citarasa dan pemikiran sendiri. Kata orang “kata-kata yang datang dari hati” atau juga dikenali sebagai “heart-to-heart conversation”sehingga mengabaikan perasaan pembaca. maklumat sebenar yang cuba disampaikan oleh sumber KELIHATAN TERSASAR JAUH DARI APA YANG DISAMPAIKAN. ADA JUGA DIANTARA MEREKA YANG MEMILIH INPUT-INPUT YANG MENARIK DAN MENGABAIKAN BEBERAPA PERKARA YANG MEREKA RASA TIDAK MENARIK ATAUPUN YANG BERCANGGAH DENGAN KESUKAAN MEREKA KETIKA MELAPORKAN MENGENAI ISU TERSEBUT.
Sebelum sebarang berita disiarkan melalui media arus perdana, sesebuah maklumat tersebut akan melalui beberapa proses dan maklumat tersebut akan ditapiS beberapa kali sebelum disiarkan kepada orang awam. Antaranya ialah proses “proof reading”.PROSES TERSEBUT PULA MELIBATKAN BEBERAPA INDIVIDU DAN IA ADALAH UNTUK MEMASTIKAN MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH HASIL YANG TERBAIK DAN MENEPATI KEHENDAK SYARIKAT DAN PEMBACA MEREKA. Namun mengikut pengetahuan saya, penulis atas talian tidak melalui proses tersebut, dan penulisan yang dimuatnaik adalah penulisan “first-hand writing” TANPA TAPISAN DARI PIHAK KETIGA.
Love,
BabyNurul Ain
No comments:
Post a Comment