Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..:: Selingan Cinta::..

Flying BeeFlying BeeFlying Bee Flying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee

Saturday 19 October 2013

KINTANG KINTUNG (TV3)


Kintang Kintung adalah sebuah program baru yang diperkenalkan oleh TV3. Ia merupakan sebuah program bual bicara bercirikan lawak santai. Rancangan ini di hoskan oleh pasangan protégé dan mentor yang digilap oleh rancangan Bintang Mencari Bintang iaitu pelakon dan pelawak Harun Salim Bachik dan Achey. Nama program baru ini diambil sempena trademark bagi Achey ketika beliau menjadi peserta di dalam Program Bintang Mencari Bintang iaitu Kintang Kintung.

Kintang Kintung terdiri daripada 2 segmen iaitu bual bicara dan juga sketsa. Setiap minggu Kintang Kintung akan mengupas 1 topik yang berkaitan dengan isu isu semasa yang berlaku di kalangan masyarakat Malaysia seperti isu Kepochi, isu Pembuangan Bayi dan isu Orang Gaji. Kebanyakan topik yang dipilih  adalah topik yang menyentuh etika dan cara hidup masyarakat Malaysia yang sebelum ini diambil mudah. Hos dan artis akan membincangkan isu ini secara spontan dan bersahaja tetapi akhirnya perkara ini harus mendapat perhatian.  Mereka yang dijemput untuk mengulas isu ini pula terdiri daripada mereka yang mempunyai pengalaman sendiri mengenai isu-isu tersebut. 

Hari Tayangan : Setiap Ahad
Masa Tayangan : 11 Malam
Durasi Tayangan : 1 jam
Jumlah episod : 13 Episod
Terbitan : Primeworks, TV3 

Saya percaya pihak produksi TV3 dan primeworks mengetengahkan program sebegini yang membincangkan mengenai isu isu kemasyarakatan agar ia dapat memberi satu pendedahan kepada masyarakat mengenai kebaikan dan keburukan tentang satu-satu topik itu.  Ia dikuatkan lagi dengan mereka yang dekat dengan situasi tersebut yang dijemput sebagai tetamu bagi membincangkan isu tersebut dengan lebih mendalam.

Menurut Encik Azrul Effendi, Penolong Produser Primeworks TV3:
“Jika sebelum ini, TV3 pernah menayangkan program variasi seperti Jangan Tidur Lagi, Tunggu Sekejap musim pertama dan BROS pada malam Ahad, kali ini, kami menampilkan bakat baru yang dilahirkan daripada Bintang Mencari Bintang iaitu Achey di samping sifunya, Harun Salim Bachik dalam KINTANG KINTUNG yang mampu menarik minat anak muda untuk menonton. Kekuatan program ini terletak pada keserasian Achey dan Harun Salim Bachik dalam mempersembahkan sketsa komedi yang menyentuh isu masyarakat. Lebih menarik, mereka juga akan bergandingan dengan artis-artis jemputan untuk menjayakan babak sketsa yang pasti mencuit hati. Selain itu, KINTANG KINTUNG merupakan platform terbaik bagi finalis Bintang Mencari Bintang seperti Bocik, Bowl, Ajo, Titan, Tapaw, Awok untuk terus mengasah bakat mereka dalam mencari tapak dalam industri hiburan tanah air.”

KINTANG KINTUNG sudah memulakan sesi rakamannya di studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada 18 September 2013 (episod 1). Orang ramai dijemput hadir ke studio Sri Pentas 2 pada jam 8.00 malam untuk menyaksikan 9 lagi sesi rakaman KINTANG KINTUNG yang telah dijadualkan pada 16 Oktober (episod 5), 17 Oktober (episod 6), 3 November (episod 7), 5 November (episod 8), 10 November (episod 9), 12 November (episod 10), 17 November (episod 11), 19 November (episod 12) dan 24 November (episod 13).






Love,
BabyNurul Ain

No comments:

Post a Comment