Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..:: Selingan Cinta::..

Flying BeeFlying BeeFlying Bee Flying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee

Sunday 18 August 2013

Kebebasan Berita dan Informasi Siber: Suatu Paradoks



Kebebasan berita dan informasi siber: suatu paradoks.  Paradoks berdasarkan Kamus Dwibahasa Oxford bermaksud kenyataan yang bercanggah tetapi mengandungi kebenaran. Penulis menegaskan isu bahawa kebebasan berita dan informasi siber mengandungi kenyataan yang saling bercanggahan tetapi ia mengandungi kebenaran.

Di dalam artikel tulisan Suara Murba ini, penulis menggunakan struktur bahasa yang tinggi di dalam penulisannya. Contohnya penggunaan perkataan ‘paradoks’, ‘sarjana media’, ‘segregasi’, ‘ethnosentrisme’, ‘anarkisme’, ‘lewah’, ‘balkanisasi’, ‘wahana’ dan ‘anarkis’. Kadangkala perkataan yang digunakan sukar difahami sepintas lalu dan ia memerlukan pembaca untuk lebih focus dan berfikir secara kritis dan membuat bacaan tambahan untuk memahami konteks ayat berkenaan.

          Tiada penapisan internet membolehkan penulis bebas untuk berkongsi maklumat, ideologi dan fahaman mereka terhadap sesebuah isu. Disebabkan tiada sebarang akta yang melibatkan penapisan internet, ia dilihat sebagai medan yang sesuai untuk menyampaikan maklumat yang dilarang penggunaannya di media tradisional. Oleh sebab itu, ramai yang menggunakan internet sebagai medium untuk mengkritik dan melepaskan amarah mereka mengenai sesuatu perkara. Namun begitu, tanpa tapisan internet juga boleh mengundang imej yang buruk kepada Negara dimana melalui kecanggihan teknologi, pembaca dari seluruh pelusuk dunia mempunyai akses untuk mendapatkan maklumat dan boleh mewujudkan pandangan negatif sekiranya mereka membaca artikel karangan penulis yang kurang berkreadibiliti.

Dengan kecanggihan teknologi yang semakin berkembang, media siber dilihat lebih berpotensi untuk menyebarkan maklumat dengan lebih meluas kepada pembaca yang lebih besar. Hal ini kerana, ia dilihat dapat memenuhi kehendak dan keperluan pembaca yang menginginkan maklumat yang senang untuk diperoleh dengan masa yang singkat dan kurang kos yang perlu diperuntukkan. Akan tetapi kesahihan maklumat yang digunapakai oleh penulis diatas talian sebagai rujukan menjadi tanda Tanya. Kadangkala penulisan di internet lebih cenderung kepada pendapat persendirian yang dicampur dengan pergolakan emosi  seterusnya dimuatnaik untuk dikongsi kepada orang ramai.

Dapat kita lihat, di Malaysia, terdapat segragasi sosial dimana kebanyakan bangsa dipecah-pecahkan mengikut  bangsa masing-masing seperti di dalam aspek pendidikan. Media massa juga disegregasikan dimana setiap kaum besar diMalaysia mempunyai akhbar yang menyampaikan maklumat di dalam bahasa masing-masing contohnya Utusan Melayu, Nan Nyang Siang Pau dan Tamil Neesan yang melaporkan berita menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan mengetengahkan fahaman ideologi untuk kepentingan bangsa mereka. melalui segregasi ini ia dapat membentuk nilai negatif seperti semangat taksub pada perkauman. Hal ini terjadi kerana kurang persefahaman dan juga kurang pengetahuan mengenai sesuatu perkara di antara kaum-kaum tersebut. Saya rasa adalah wajar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan ideology 1 Malaysia yang bertujuan untuk menyatupadukan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia agar lebih memahami sekaligus untuk mencapai perpaduan dan keamanan sejagat.


Seperti yang kita ketahui, setiap wartawan media arus perdana perlu berpegang teguh pada prinsip dan etika kewartawanan. Walaupon cara mereka melaporkan terhadap sesebuah isu adalah berbeza namun mereka harus tetap berpaksikan kepada prinsip dan etika kewartawanan tersebut. Tetapi melalui pengamatan saya, penulis diatas talian tidak berpegang pada prinsip dan etika yang sama malah mereka cenderung melaporkan mengikut citarasa dan kehendak sendiri. Ia adalah kerana mereka mengatakan bahasa falsafah kewartawanan tersebut bagaikan mengekang kebebasan mereka bersuara.

Penulisan wartawan media tradisional perlu melalui beberapa proses yang penting seperti ‘proof reading’ sebelum disiarkan didalam akhbar. Ia bagi memastikan maklumatkan yang disampaikan bertepatan dengan garis panduan penulisan yang dikehendaki oleh syarikat dan bersikap telus. Namun bagi penulisan di internet, mereka tidak melalui proses tersebut, kiranya apa yang dikarang itu akan terus dimuatnaik di laman maya tanpa proses tapisan oleh mana-mana pihak. 






Love,
BabyNurul Ain

1 comment: