RUMAH KUBUS (CUBIC HOUSES)

   
 Rumah Kubus ini terletak di Rotterdam, Belanda. Ia dibina pada tahun 
1970-an dan diilhamkan oleh Piet Blom. Beliau pada asalnya hanya membina
 dua buah rumah berbentuk kubus ini. Tetapi khidmat beliau diperlukan 
untuk merekabentuk rumah di atas jambatan pejalan kaki. Beliau akhirnya 
mengaplikasikan idea rumah berbentuk kubus ini.
   
 Rumah ini didirikan di atas struktur tiang yang berbentuk heksagon. 
Setiap rumah kubus didirikan sebelah menyebelah dan kedudukan 
disengetkan antara satu sama lain. Rumah Kubus ini dibahagikan kepada 
tiga bahagian, iaitu atas, tengah dan bawah. Bentuk segitiga di bahagian
 bawah kubus tersebut merupakan ruang tamu. Bahagian tengah terdiri 
daripada bilik tidur dan bilik mandi manakala bahagian segitiga di 
bahagian atas pula boleh dijadikan bilik tidur atau ruang tamu tambahan.
   
   
HABITAT 67

   
 Habitat 67 adalah kompleks perumahan yang berbentuk kiub serta disusun 
bertingkat-tingkat tetapi tidak sekata. Habitat 67 dinamakan sempena 
tahun ia dibina iaitu 1967. Ia terletak di Montreal, Kanada. Arkitek 
disebalik struktur rumah yang unik ini ialah Moshe Safdie.
  
  
   
 Mengapakah bentuk kiub menjadi pilihan? Dari segi konsep seni bina, 
bentuk kiub melambangkan kestabilan. Dari segi mistik pula, bentuk kiub 
melambangkan kebijaksanaan, kebenaran dan kesempurnaan moral.
   
 Sebanyak 354 kiub ini dibina bertingkat dan sebelah menyebelah antara 
untuk membentuk 146 kediaman. Pada masa itu, Habitat 67 merupakan 
apartmen moden dan ekonomi.
ATOMIUM

   
 Atomium merupakan sebuah bangunan yang berbentuk seperti susunan atom. 
Atomium terletak di Brussels, Belgium. Ia sebenarnya dibina untuk 
Expo’1958 – 1958 Brussels World Fair di Belgium, tetapi disebabkan 
popularitinya meningkat, Atomium dijadikan sebagai struktur kekal dan 
dibuka untuk pameran. Atomium ini direka oleh Andre Waterkeyn dan Jean 
Polak.
  
   
   
 Atomium dibentuk daripada sembilan buah sfera yang dicantum oleh 20 
tiub berbentuk silinder dan disokong oleh 2 bipod pada tapaknya. Jika 
kita lihat dengan teliti, gabungan sfera-sfera ini pula akan membentuk 
kiub. Diameter bagi setiap sfera ini adalah 18 meter. Saiz sfera yang 
menyerupai bentuk atom ini pula dibina 165 billion kali lebih besar 
daripada saiz atom yang sebenar.

BabyNurul Ain




No comments:
Post a Comment