Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..:: Selingan Cinta::..

Flying BeeFlying BeeFlying Bee Flying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee

Monday 26 December 2011

TraveLog - Ho Chi Minh, Vietnam (Day 1)




25 -12-2011 (Day 1)
travel travel travel..
aktiviti ilihan papa n mama
untuk beriadah n berkumpul dengan seisi keluarga.
kli ni destinasi ilihan ialah.
Ho Chi Minh City, Vietnam
mungkin sebab suhunya lbih kurang dengan Malaysia.
almaklum la.. dah biasa cuaca panas..

kami menaiki pesawat Malaysia Airlines. MH 0750
berlepas dari KLIA jam 9 pagi
perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam.
Vietnam lambat 1 jam 5 minit dari waktu Malaysia.
kat sini mata wang Dhong (Vietnam) & USD (Us Dollar)

masa dalam kapal terbang..
kitorang sempat makan sarapan.
menu : Nasi Lemak Sambal Udang / Roti Canai Kari Lmbu
choice pilihan... nasi lemak!!

set nasi lemak + kek buah + air oren + coklat.
yang menarik... ade ais krim Magnum untuk semua penumpang
yummy !! yummy !!

duduk dlam kapal terbang x de banyak sangat bende yang boleh dibuat.
novel tertinggal kat rumah. *sedih*
so.. bacalah surat khabar (disediakan) dan buku Select
Select = majalah terbitan MAS..
dok belek belek sekali ternampak sesuatu..
dalam playlist lagu Melayu Pilihan.
BERDUA BERSATU - FORTEEN
PRIVASI - ZARUL & THE PROTES
wah!!! congratsz!!! tahniah kawan-kawanku..
dapat tembus playlist Flight MAS nih

Airport? ok la.. katanya airport baru..
not that bad.. cuma tak de lah besar..
kali ni x de kad visa.
semuanya by electornic..
senang la skit..
cuma xtaw napa kaunter kastam baby pergi tu lembapsss skit berbanding dgn family baby punya kaunter.
arghh!!! carasss ke hape!!
hmm.. adik baby cakap.. " dia nak bermesras tuh"

kami book kat hotel Saigon Pink 2
mama kata hotel jd pilihan rama pengunjung dari Malaysia & Brunei
tapi ape yang agak menyedihkan...
bilik kami telah diambil orang.
papa cakap."Normal la kat sini. walaupon da booking, klu de org nak chek in.. dia main bagi aje"
so, diorang sediakan hote lain buat kami.
x de la jauh sangat..
kami dapat 2 bilik..
well.. keluarga besar.. ok laaa kn..

disebabkan bilik tak siap lagi.
kitorang pon amik keputusan tuk berjalan-jalan.
hotel dengan kedai dah dekat2.
jom kita meronda!!
sebelum meronda, kita pergi makan..
depan hotel Saigon Pink 2 ada kedai halal
kinda boutique & stall
sambil makan blh tengok baju2..
kira mcm 2 in 1 la kan.. huu..
lunch baby ari ni ialah..
nasi + ayam kari + telur + sayur goreng
sangat lazat & kenyang..

once dah kenyang..
boleh lah meronda dengan sesuka hati..
tempat yang pertama kitorang terjah ialah
"Ben Tahn" (pronounce as Ben Tan)
dia macam Central Market.. tapi.. sangat besar.
kedai dia banyak n sempit..

macam-macam ada.. dari baju hinggalah ke jeruk..
barang basah jer x nampak...
kat sini sempat jugak la beli kain tuk buat baju..
heee.. mama punya keje.. katanya nak buat baju raya.
raya lambat lagi? hmm.. i dunno.. layankan aje..

kluar dari ben tahn..
kitorang dok jalan jalan kat kedai2 tepi dia..
siyesly.. mabuk korang tengok..
banyak sangat pilihan..
harga pulak boleh runding..
tahan nafsu sekejap... esok masih ada..



masa ondaway nak balik hotel...
ternampak la Tutti Frutti.
ala.. kedai ice cream... ok fine! Frozen Yogurt tuh.
kami sempat belasah kat sana..
choice x banyak. tapi sbb dah selera..
layankan aje.. huu.
2 mangkuk ice cream..
Baby & Rai = 1 mangkuk
Danial & Luqman = 1 mangkuk.
choice kami sendiri la..
apa yang best sbb bende tu kitorang makan rebut2 adik bradik.
nmpk meriah.. n ase puas ati.. hahaha

dah makan.. kami pon balik ke hotel..
penat... so.. nak rehat kejap...
malam nanti nak keluar..
but since adik baby jenis x mo bangun pulak..
baby kne la stay kat bilik while papa n mama keluar.
*jeles!* but what else i can do..
x dapat nak tengok pasar malam dia..
x pe la.. esok blh terjah lagi...

ok tu aje tuk ari ni.
nak tido dlu.. esok nak ke Mekong Tour ulak..
papa cakap.. datang sini x pergi Mekong x sah..
so.. mencari ape keistimewaan mekong tuh kan...
tunggu coretan hari kedua..
gud nite!! assalamualaikum.



BabyNurul Ain

No comments:

Post a Comment