ISTANBUL AKU DATANG
semalam.. baby berkesempatan menonton wayang dengan adinda (adik) kesayangan... check guna web official cinema.. terkejutz ok.. sebab selalunya panggung wayang kat area rumah baby memang tayang all the latest movie.. tapi.. filem Istanbul Aku Datang nie cuma ade kat TGV, Sunway Pyramid sahaja.. MBO, Subang Parade dan GSC, Summit tak tayang... chaitt... over tau!!
so.. demi memuaskan hati adik yang kemaruk nak tengok citer ni.. baby pon ke Sunway Pyramid.. but ekceli baby benci drive kesana.. 1st Parking Payah.. 2nd Jammed~!!.. so.. meredah jugak... and safely arrived selepas memaki hamun di dalam kereta (normal la tu kan)
masuk dalam tu... cepat2 menapak ke arah cinema.. sekali lagi TEKEJUT.. panjangnya QUE nak beli tiket.. aiyooo... tau la cuti.. tapi takkan la sampai ke escalator beraturnya... hmm.. dekat kaunter nak beli tiket tu.. Filem Istanbul Aku Datang full house ok~!!.. penuh!!.. sesakkk.. hmm.. tp fortunately, we got our seat ... so.. layann....
SINOPSIS
Istanbul Aku Datang menceritakan tentang kehidupan seorg gadis yang penuh kesungguhan dan percaya akan takdir cintanya, Dian lakonan Lisa Surihani yang sanggup terbang ke Istanbul untuk berada dekat kepada kekasih hatinya, Farouk lakonan Tomok yang juga pelajar jurusan kedoktoran di universiti di sana.
Dalam diam, niat Dian yang juga seorang penulis blog mengimpikan sebuah kebahagiaan dan keputusan yang akan mengundang seribu senyuman kepadanya, kononnya Farouk akan nampak kesungguhannya dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengannya.
Namun bagai kata pujangga dan pemahaman realistik yang kita tidak mampu mengubah takdir atau meneka apa yang sudah disuratkan kepada kita, segala impian dan objektif Dian itu semuanya tidak mengikut apa yang difikirkan
Dian bagai merentasi sebuah pengalaman berbeza yang akhirnya menemukannya pula dengan seorang lagi lelaki juga pelukis, Harris lakonan Beto.
Pertemuan mereka yang awalnya memberikan ketegangan dan konflik bagaimanapun akhirnya memberikan satu keserasian. Dian tidak sedar yang kini dirinya berdepan kemelut kekasihnya, Farouk yang cemburu dan Harris yang mula mencerminkan sebuah kebahagiaan.
Dian keliru namun semua yang berlaku hanya mematangkannya dan memberikannya ruang untuk membuat keputusan terbaik untuk dirinya sendiri.
siyesly baby rasa x sia-sia beli tiket wayang tu.. walaupon harga dia... (for me quite expensive) tapi.. mama belanja kan.. so.. belasah sajalah.. baby suka garapan cerita-certa dari pengarah Bernard Chauly ni.. baby ade jugak ikut siri2 karya Bernard ni.. antaranya Pisau Cukur dan Gol dan Gincu..
baby rasa baby kena bagi tepukan gemuruh buat Lisa Surihani, Tomok dan Beto Kusyairie for their excellents roll untuk filem nie.. memang best.. layann.. and we get the emotion ape yang dorang nak deliver to the audience.. Congratz Geng.. Woott Woot.
garapan cerita yang menarik.. mampu menarik emosi penonton untuk sama-sama menghayati jalan ceritanya.. romantiknya, sesi kelakarnya, sweetnya, saspensnya.. memang terbaik.. just baby do expect more melibatkan ISTANBUL.. di mana tajuk filem ini menggunakan simbolik negara... mungkin ade yang cakap.. "ala.. bende nie cerita psl nk jumpa kat Istanbul je" tapi.. baby rasa tak salah kalau pengarah dapatkan scenery menggunakan attractive place yang terdapat kat sana. x perlu terlalu menyeluruh.. tambahan itu akan buatkan ia tambah menarik..
anyhow.. its is a nice piece of malaysian product.. and pada korang yang tak tengok lagi.. cepat2 tengok ok.. surely korang puas hati..
p/s: suka tgk scene Beto Kusyairie berbalah dengan Lisa Surihani.. comel... and suka jugak scene Beto cucikan rambut Lisa.. itu sangat sweet ye.. hee..
BabyNurul Ain
No comments:
Post a Comment