Pasangan anda adalah anugerah yg tidak ternilai buat anda. Pernah dengarkah tentang falsafah lima jari? Tahukah anda mengapa cincin perkahwinan disarungkan ke jari manis, bukan di jari-jari lain?
Kini satukan kedua-dua belah tangan anda dan bengkokkan jari tengah ke dalam. Kemudian, empat jari yg lain dipertemukan di hujungnya.
1. Ibu Jari
Cuba buka ibu jari anda. Ibu jari boleh dibuka kerana ibu jari mewakili kedua-dua orang tua anda. Kelak suatu hari nanti, pasti kedua-duanya akan pergi meninggalkan anda buat selama-lamanya. Tutup kembali ibu jari.
2. Jari Telunjuk
Buka pula jari telunjuk anda. Jari telunjuk mewakili adik-beradik. Mereka juga bakal meninggalkan keluarga dan mengorak hala tuju masing-masing apabila tiba masanya. Tutup kembali jari telunjuk.
3. Jari Kelingking
Cuba pula buka jari kelingking yg paling kecil, ianya mewakili anak-anak anda. Lambat-laun, apabila anak-anak mempunyai keluarga sendiri, mereka juga akan meninggalkan anda. Tutup kembali jari kelingking.
4. Jari Manis
Dan sekarang, cuba buka jari manis, yg mana anda menyarungkan cincin perkahwinan padanya. Hairan kan mengapa anda tidak dapat membuka jari manis. Jari manis tersebut mewakili suami atau isteri anda. Tiada yg dapat memisahkan anda dan pasangan anda, kecuali Yang Maha Esa.. Anda berdua telah ditakdirkan untuk bersama. Jadi, hargailah pasangan anda!
KESIMPULAN
Perkahwinan yg menjadi syurga dunia adalah titik tolak kepada syurga abadi yg menanti di sana. Syurga dunia ini lahirnya daripada kasih sayang dan rahmah yg terkandung di dalamnya.
Firman ALLAH SWT yg bermaksud:
“Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri supaya kamu cenderung dan berasa tenteram kepadanya dan dijadikanNya antara kamu rasa kasih sayang dan rahmah.” – Surah Ar-Ruum (30) ayat 21.
sumber : Limau Ais (www.limauais.com)
BabyNurul Ain
No comments:
Post a Comment