Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..:: Selingan Cinta::..

Flying BeeFlying BeeFlying Bee Flying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

Friday, 13 December 2013

Resipi : American Choc Cake





230 gm mentega tanpa garam
300 gm gula halus
2 sudu teh esen vanila
3 biji telur
½ cawan koko tawar serbuk, diayak
1 cawan air panas
235 gm tepung kek (tepung gandum serbaguna pun boleh)
1 sudu besar serbuk penaik
¾ sudu teh garam
½ cawan walnut, dicincang

Cara:
1. Pukul mentega dan gula sampai ringan dan gebu.Tambah esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul.
2. Bancuk koko dgn air panas. Di dlm mangkuk lain, ayak bersama tepung, serbuk penaik dan garam.
3. Masukkan bancuhan koko berselang-seli dgn bahan berayak ke dlm adunan mentega.
4. Campur walnut, kaup dan balikkan rata-rata.
5. Bakar dlm acuan yg digris dan dialas kertas minyak selama 35 minit pada suhu 170C/340F.





Love,
BabyNurul Ain

Sunday, 6 October 2013

Resipi : Dorayaki




DORAYAKI:

3 biji telur
2/3 cawan gula
1/2st soda bikarbonat
3sb air
1 cawan tepung gandum
inti kacang merah

CARA:
1. Masukkan telur bersama gula kedalam bekas & kacau sebati.
2. Kacau soda bikarbonat bersama air.
3. Kemudian masukkan campuran (2)kedalam (1).
4. Masukkan tepung yang sudah diayak kedalam campuran
(3) dan gaul rata.
5. Panaskan kuali (non stik) dengan api perlahan.
6. Tuangkan sesenduk adunan(lebih kurang 4"diameter).Tutup
kuali dan biarkan seketika sehingga adunan masak @
kelihatan gelembung2 kecil diatas permukaan adunan.
7. Ulang langkah (6) sehingga adunan habis.
8. Ceduk sesudu inti diatas pancake dan ratakan kemudian
tutup dengan sekeping pancake lagi.

INTI:
-1 cawan kacang merah
-2 cawan gula
-1st garam
*rendam kacang merah semalaman
*rebus kacang merah sehingga lembut & tapis buangkan
air rebusannya
*campur gula & garam,gaul sebati.
(kacang merah boleh diganti dengan jem/peanut butter).





Love,
BabyNurul Ain

Monday, 5 August 2013

Resipi : Biskut Sarang Semut



Bahan:
¾ cawan gula halus
1 cawan tepung sagu
1 biji telur ayam ambil kuningnya
¾ cawan majerin planta
tepung gandum ,agak-agak kerasnya adunan.
panili (boleh didapati dikedai runcit or pasaraya)
½ cawan kelapa parut dalam tin
pewarna kuning
coklat rice
cawan kertas
alatan : pemarut adunan (bentuknya macam pemarut kelapa tapi kecil)

Cara:
1. 1.Gula dan majerin dipukul sampai kembang.
2. 2.masukkan kuning telur dan pukul lagi.
3. 3.masukkan panili dan sedikit pewarna kuning.
4. 4.Masukkan kelapa parut, tepung sagu dan akhir sekali tepung gandum, digaul pakai tangan.Dapatkan satu doh yang boleh di parut menggunakan pemarut, kalau agak lembik tambah tepung gandum lagi.
5. 5.Doh yang dah diparut dimasukkan kedalam cawan kertas (macam sarang le), dan taburkan coklat rice diatasnya (umpama semut)..
6. 6.Bakar dalam oven api sederhana selama lebih kurang 20 minit.





Love,
BabyNurul Ain

Resipi Melty Nachos & Lemon n blueberry Duets




Credit : Selera TV3





Love,
BabyNurul Ain

Resepi Kek Marbel & Mini Doughnut






credit : Selera TV3





Love,
BabyNurul Ain

Tuesday, 11 September 2012

Resepi : Mashed Potato





Bahan-bahan ( 2 org )

  • 5 biji ubi kentang
  • butter (klu yg 4 segi tu, gune 1/2 pon cukup)
  • 1/2 cawan tepung jagung (bancuh dgn air)
  • 1 kiub ayam (nk gune stok ayam pon boleh..sukatan sesedap rasa)

Cara-cara

  1. utk smashed potato: rebus kentang hingga betul2 lmbut dan lenyekkan sesedap rasa..hehe.ketepikan.ha pastu watla bentuk bulat ke, segi4 ke..depends.(dah siap la utk mkn..lalala)
  2. utk gravy (kuah): cairkan mentega atas api sederhana.dah cair, masukkan bancuhan tepung jagung.kacau..kacau..dah perang sket masukkn kiub ayam lak.kacau lg smpi mendidih.siap.
  3. mknlah smashed potato tu ngn gravy..sedaapp..menjilat kaki!


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain

Resipi: Lasagna




Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 300g daging cincang (lagi senang kalau guna daging burger sebab berperisa)
  • 1 botol prego (yang kecil)
  • 2-3 batang celery
  • cendawan butang (sebanyak yang suka)
  • 2 biji tomato (potong dadu)
  • 1 biji lobak merah (dihiris halus)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum - boleh tambah kalau nak likatkan kuah
  • 1 peket Cheddar cheese (115g) - apa-apa jenama pun boleh. Mozarella pun boleh, tapi Cheddar/cream cheese senang cair untuk buat cheese sauce tu. Mozarella sesuai untuk tabur kemudian.
  • 1-2 cawan susu segar (yang dalam kotak/botol tu - boleh tambah kalau suka cheese sauce cair)
  • Sedikit garam dan lada hitam/sulah untuk perasa
  • (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti capsicum, broccoli dll kalau nak)
  • Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 C
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  7. Sediakan sauce pan, panaskan.
  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah dipanaskan semula.
  10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
  13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
  14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
  15. Bila ramai tanya kenapa bila potong lasagna tu tak cantik, jangan bimbang. Memang lasagna ni lembik lepastu meleleh2 sebab cheese cair time tengah panas-panas tu. Kalau nak potong cantik, tunggu sejuk sikit baru potong. Atau, masa masak cheese sauce tu, lebihkan tepung untuk likatkan kuah. Bila masak, takdela lembik sangat :)
  16. Untuk sos Prego tu, guna je yang mana-mana asalkan base dia tomato. Pastikan halal ye. Asalnya saya guna tomato puree dan bolognaise herbs, tapi sebab tujuan asal masakan ni untuk nak cepat dan memudahkan, saya cadangkan sos prego. Janji sodapppp :D
  17. Bagi yang masih ragu-ragu nak pakai intant lasagna tu, belek resepi kat belakang kotak. Memang tak payah rebus. Yang penting, kuah daging dan cheese sauce tu mampu melembutkan kepingan lasagna. Kalau lapisan lasagna paling atas tu masak lembut tapi menggeleding, maknanya kena letak lebih kuah daging dan cheese sauce (curah biar sampai tak nampak langsung kepingan lasagna tu ye).


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain

Resipi: Shortbread Choc Chip



Bahan-bahan ( 30-36 biji )

  • 1 cawan tepung gandum
  • ½ sudu kecil baking powder
  • ⅛ sudu kecil garam
  • ½ cawan mentega tanpa garam
  • ¼ cawan gula halus
  • 1 sudu besar gula melaka
  • ¼ cawan semisweet chocolate chips (lebihkan jika suka)
  • ½ sudu kecil chocolate essence (optional)

Cara-cara

  1. Panaskan oven pada suhu 150C.
  2. Dalam mangkuk besar, krim mentaga bersama gula. Lepas itu masukkan chocolate essence dan gaulkan sehingga sebati.
  3. Ayak tepung bersama baking powder dan garam. Masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam campuran mentaga. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan chocolate chips dan gaulkan lagi.
  4. Lapis baking tray dengan baking paper. Letak 1 sudu kecil adunan ke atas baking tray, leperkan sedikit degan jari. Ulang sampai habis.
  5. Bakar selama 10 minit. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas.


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers



BabyNurul Ain