Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..:: Selingan Cinta::..

Flying BeeFlying BeeFlying Bee Flying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee
Showing posts with label Health care. Show all posts
Showing posts with label Health care. Show all posts

Wednesday, 4 September 2013

Demam



。◕‿◕。 Demam 。◕‿◕。

definisi:
Demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 370C disebabkan oleh jangkitan atau keradangan.

tanda2 & gejala:
  1. Badan panas bila disentuh
  2. Pernafasan meningkat
  3. Muka menjadi merah
  4. Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
  5. Resah gelisah
  6. Tiada selera makan
  7. Menggigil
tindakan yang perlu diambil:
  1. Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.

  2. Pakaikan pakaian nipis.
  3. Beri minum air yang banyak.
  4. Beri ubat menurut arahan
  5. Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.





Love,
BabyNurul Ain

Tuesday, 23 July 2013

Cara Elak Demam Versi DIOR



hye geng...
akhir2 ni ramai yang demam la.. sakit la..
jaga kesihatan ok~!!
kalau kena juga... dont worry..
baby ade tips macam mana nak kebahkan demam
dengan cara mudah...

TIPS KESIHATAN NI DARI DIOR

dior tu bukan Christian Dior or CD tu tau..
tapi artis ala ala korea...
sebab rupa dia tu pon dah nampak macam orang korea..
jom skodeng dia..



so.. TIPs Nya.. ialah..

"Was in critical ‪#‎Fever‬ yesterday , shivering & my body felt soooo hot . In 14hours,my fever'd gone completely. This what i did: mix a ‪#‎RedoxonVitaGuard‬with 5spoon of ‪#‎PMC‬ (Sabah's Pure Marine Collagen) & consume 2 x 500g‪#‎panadol‬ . It's Amazing!!!"



so.. selamat mencuba~!!





Love,
BabyNurul Ain

Sunday, 7 April 2013

Tips Diet Basil Safwan


ramai kot nak try diet itu dan ini..
 tapi bak kata Mr Batman "ramai orang diet bukan sebab nak sihatkan badan tapi merosakkan badan"
katanya lagi, "diet tu penting tapi bukan makna tolak habis makanan-makanan tu semua"
dan kebetulan pulak kawan baby ade kongsi tips nak diet..
so... baby share kat sini ok~!!
selamat mencuba



Tips Diet Secara Sihat - Basil Safwan


  • pagi roti skeping or due...roti gandum taw, the best one is brand massimo..nak elok bakar dlm oven or toaster
  • tgahari nasik dlm satu senduk..lebihkan sayur...kurgkan ayam n daging..kalo makan ikan lagi bagus...goreng2 jgn byk sgt..kalo rebus or stim lg bgs..
  • malam mkn b4 kul 8.. ak biase mkn kul 6 ke 6.30.. ak amek roti gandum..bole improvise...ak biase wat sandwich..ltak salad n tuna...dlm 2 keping ckplah..
  • kalo lapar gak mlm...ak minum air 0..bykkan minum air 0..sbb lemak2 bole kluar through air kencing gak..jgn sesekali minum ais... smggu skali bole la...
  • jangan lupa excercise~!!
  • better nasik mkn gak taw..ape2pn, bdn kte ni plukan nasik gak..tp dlm kuantiti yg sikit lah..
  •  air 0 sgt2 pntg..kene minum..byk mane ko bole minum..ko minum je.. ak dl tolak abes minuman bersusu ngn nescafe..ganti je ngn tea 0 or kopi o..gule kawal sndiri.. selang sehari oke kalo minum
  • siang kene minum lg byk drpd malam..so kene pandai bajet sket lah..
  • kalo lapar gak..amek biskut pn bole malam2.. biskut jacob tu..sy sbb mmg mlm x trase ngat lapar..so stakat ni mmg bole tahan la kalo mlm2..
  • tp dlm smggu..sehari mkn la sdp2 sket.. cuti skejap dr diet.. tp mkn dlm keadaan terkawal la...
  • tlebih tdo mmg xelok..biase kalo malam..pkul 10 tu da sesuai untuk tdo..
  • nasik x tolak pn..mkn time tgahari je..ptng mkn roti...xpn mkn la oat..oat lg cpt knyg.. 
nak diet, nak xnk berlapar tu mmg kene ade..





Love,
BabyNurul Ain

Sunday, 10 February 2013

Mati Pucuk


hoo.. dah lama tak post pasal Info Kesihatan kat blog nie..
so.. baby rasa macam nak share post pasal Info Sihat lah..
mana tau korang korang dan korang boleh kongsi tips2 ke ape kan..

Mati Pucuk

Mati pucuk nie xde kaitan dengan daun, pokok or tumbuh tumbuhan.
tapi ini sangat penting bagi kaum lelaki..
dan kaum perempuan... kena la jugak amik tau kan..
1 day akan berkahwin... so kalau boleh tak mau la terjadi kat Mr Hubby kita kan.

fine~!! isu ini mungkin agak sensitive..
18SX katanya..
namun dalam mendapatkan ilmu.. rasanya xde had limit umur..
so.. nie untuk pengetahuan ye..

Dalam masyarakat Melayu, lelaki dewasa yang tidak mampu mencapai ketegangan zakar atau ereksi dengan rangsangan seksual dikatakan mengalami MATI PUCUK. Mereka yang mengalaminya pada peringkat awal dikenali sebagai penderita LEMAH TENAGA BATIN. Istilah perubatan moden menyebut Mati Pucuk sebagai IMPOTENSI [English : Impotency ], manakala Disfungsi Erektil pula untuk Lemah Tenaga Batin [ English : Erectile Dysfunction ]

Kegagalan zakar untuk mencapai ketegangan atau ereksi, bukanlah satu penyakit, tetapi adalah petanda awal/simptom atau akibat susulan dari penyakit seperti Diabetes, Tekanan Darah Tinggi, Penyakit Jantung. Perlu diketahui bahawa kandungan kimia di dalam ubat doktor untuk melegakan penyakit-penyakit tersebut boleh mengakibatkan Lemah Tenaga Batin dan seterusnya Mati Pucuk.

Stress, gangguan emosi dan psikologi boleh menyebabkan Kegagalan Ereksi. Selain itu, di dalam masyarakat Melayu sering diperkatakan tentang peranan SIHIR yang menjadi penyebab Mati Pucuk.

..:: Jenis Jenis Mati Pucuk ::..


Terdapat 4 jenis mati pucuk dan di senaraikan di bawah ini bagi menambah pengetahuan anda. Sila AMBIL PERHATIAN sekiranya ANDA mengalami :
1. Zakar langsung tidak mampu menegang. Ia adalah jenis mati pucuk yang gawat dan biasanya berlaku pada kadar 1 dalam 100 lelaki. Ia mati pucuk yang paling di takuti lelaki.
2. Zakar lembik dan tidak berupaya senggama. Mani keluar sebelum senggama. Ia adalah jenis mati pucuk yang mendukacitakan. Ia biasa di ubati dan mungkin boleh berpunca dari amalan pemakanan serta kesan psikologi dan penyakit tua.
3. Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan mani. Ia juga termasuk mati pucuk, bukan tanda lelaki itu kuat tenaga batin. Lelaki terpaksa berhenti senggama kerana keletihan dan kejerihan.
4. Zakar yang tidak tegang seperti biasa. Ia juga adalah jenis mati pucuk. Ada yang mengelarnya sebagai lemah syahwat atau lemah tenaga batin. Jenis ini akan di hadapi oleh semua lelaki.

..:: Tanda- Tanda Awal Mati Pucuk ::..

1. lambat mencapai ketegangan zakar setelah rangsangan seksual.
2. Ereksi yang tidak betul-betul keras [tegar] kerana tekanan pembuluh zakar kurang dari 6PSI – gagal membuat tusukan ke dalam faraj.
3. Inzal atau ejakulasi pra-matang dan cepat layu serta tak mampu bangun kembali atau mengambil masa yang lama untuk mencapai ereksi selepas ejakulasi pertama
4. gagal mencapai ereksi yang mampat untuk meneruskan persetubuhan sehingga pasangan mencapai klimaks
5. Air mani cair, keluar meleleh dan tidak memancut dengan kuat
6. kencing yang tidak tus, tidak puas dan menyimpan sisa
7. zakar yang tidak mengalami ereksi ketika hampir waktu subuh atau dalam istilah perubatan disebut Penile Nocturnal Tumescence
8. tidak berdaya untuk menyempurnakan jimak dalam suatu tempoh yang diperlukan untuk memberi orgasm kepada pasangan seks
9. Kelemahan seksual Lelaki adalah lebih ketara di kalangan perokok, pengidap diabetes, pesakit jantung, tekanan darah tinggi dan individu yang mengalami stress.
Ketirisan tenaga syahwat bagi setiap individu lelaki adalah berbeda mengikut sumber gangguan - akibat masalah fizikal, psikologi dan paranormal. Walaupun begitu, peratusan peranan fizikal adalah yang paling tinggi dan mudah untuk dikendalikan melalui kaedah pemakanan supplemen herbal 

..:: Faktor Mati Pucuk ::..


  • Setiap penyakit yang mempengaruhi bahagian kelamin seperti  radang pada bahagian kelamin internal, kelenjar prostat yang lembik dan membengkak,  bahagianvesicula seminalis  di mana terdapatsemen disimpan, tumor 
  • Penyalahgunaan ubat-ubatan, alkohol, bius dan nikotin rokok dan sejenisnya Menyebabkan merosotnya daya seks.
  • Tekanan darah yang rendah dan penyakit kencing manis, boleh menjadikan seseorang mati pucuk.
  • Gaya hidup seseorang yang tidak sihat sejak lahir walaupun ini jarang berlaku adalah sebab terjadinya mati pucuk organik.
  • Umur tua juga akan mempengaruhi kemampuan untuk melakukan  hubungan kelamin sama ada boleh atau tidak.
  • Kebiasaan masturbasi (melancap) ie. Memuaskan nafsu seks dengan tangan akan menyebabkan mati pucuk.
  • Keletihan yang berlarutan juga menyebabkan mati pucuk.
  • Coitus interuptus  atau persetubuhan terputus boleh menyebabkan seseorang mati pucuk. Cara ini menimbulkan radang pada vesikula seminalls.
  • Kesihatan yang terganggu berpunca dari penyakit-penyakit yang berkaitan  dengan darah, jantung atau ginjal pun boleh mengurangi dorongan seks yang akhirnya berubah menjadi mati pucuk.


..:: Cara Mengelak Mati Pucuk ::..


  • Kekalkan berat badan yg sihat dan ideal
  • Kurangkan memakan daging berlemak, telur, susu, ais krim, mentega dan keju.
  • Kurangkan menggoreng makanan, lebih elok ianya dipanggang atau direbus.
  •  Lebihkan memakan ikan.
  • Kurangkan memakan makanan yang masin atau makanan yang diproses.
  •  Makanlah banyak makanan yang segar, buah-buahan, sayur-sayuran serta bijiran segar.
  •  Bersenamlah selalu selama 20 atau 30 minit sekurangnye 3 kali seminggu.
  • Jaga tekanan darah dan kolestrol dlm badan
  • Elakkan pengambilan minuman beralkohol
  • Amalkan senaman sihat
  • Berhenti merokok
  • Elakkan hubungan seks yang terlalu agresif
  • Jalani pemeriksaan kesihatan setiap 6 bulan

..;; Doa & Amalan Mencegah Mati Pucuk ::..


1. Afdhal sesuatu perkara hendaklah dimulakan dengan bismillah. Dan seterusnya membaca Surah Al-fatihah:
2. Kemudian membaca potongan ayat Al-Quran Al-Karim didalam Surah Al-Anbiyaa’ ayat 30:
3. Langkah yang seterusnya menadah tangan sepertimana untuk berdoa’ kepada Allah Ta’ala, lalu membaca kalimah ini:
4. Kemudian tepukkan kedua belah tangan ke belakang tulang sulbi menurun kebawah dalam keadaan duduk separuh atau berdiri tegak.
lebih afdhal amalkan amalan ini selepas solat subuh dan sentiasalah beristiqamah, semoga dengan amalan ini dapat menghindari dari penyakit-penyakit batin insyaAllah, dan apa yang dihajati akan diperkenankan oleh Allah Ta’ala, kerana ayat-ayat Allah ini adalah penawar,sesungguhnya sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al Quran. Sudah tentu juga, sebaik-baik penyembuh ialah Allah SWT.




sumber : 

  1. http://ezany-kun.com/tanda-tanda-mati-pucuk/ 
  2. http://mati-pucuk.blogspot.com/
  3. http://wannuraterapi.wordpress.com/2012/09/19/tanda-tanda-lelaki-mengalami-mati-pucuk/
  4. http://kedaikuhebat.com/baranghebat/2011/10/17/masalah-lelaki-mati-pucuk-dan-lemah-zakar/
  5. http://hasnulhadiahmad.com/doa-khusus-mencegah-mati-pucuk-atau-lemah-tenaga-batin/#more-3543







Love,
BabyNurul Ain

Sunday, 18 November 2012

Hukum Merokok Dari Pandangan Islam





Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawamerokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.

Keterangan/Hujah: 

1.  Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:

i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.

iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.

v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:

a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.

b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.

c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”.(Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)

d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”

e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:

i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.


ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.



iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.


vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.

Antaranya seperti berikut:

a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.

b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.

c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.

2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.

3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyahmenyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”

Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu agama, jiwa, maruah keturunan, akal dan juga harta.


sumber: Majlis Fatwa Malaysia melalui artikel [CLICK HERE]


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain

Rokok



Merokok adalah penyebab utama penyakit dan membawa kepada kematian. Ia bertanggungjawab ke atas 90% barah paru-paru dan beberapa barah lain, 75% penyakit pernafasan, 25% penyakit jantung, komplikasi semasa mengandung dan penyakit pernafasan di kalangan kanak-kanak.

Sesiapa yang merokok lebih 20 batang rokok sehari mempunyai 10-15 kali ganda lebih mudah untuk mendapat serangan jantung kerana merokok merendahkan tahap lipoprotein berkepadatan tinggi (lemak yang baik) dalam darah.


 JENIS PEROKOK 

  1. Perokok Aktif : Individu yang menyedut asap rokok aliran utama melalui mulut.
  2. Perokok Pasif : Individu yang menghirup asap aliran sisi dan asap alirah utama yang dihembus keluar oleh perokok atau terdedah kepada asap rokok persekitaran.
ANTARA KANDUNGAN KIMIA ROKOK
  1. Aseton (penanggal cat).
  2. Ammonia (pencuci lantai).
  3. Naphthylamine.
  4. Metanol (bahan api).
  5. Naftalena (ubat gegat).
  6. Kadmium (digunakan dalam bateri kereta).
  7. Polonium-201.
  8. Gas monoksida (gas beracun).
  9. Vinil Klorida.
  10. Hidrogen Sianida (racun yang digunakan dalam kebuk gas).
  11. Toluidina.
  12. Uretana.
  13. Toluena.
  14. Arsenik (racun anai-anai).
  15. Dibenzakridine.
  16. Fenol.
  17. Butana.
  18. DDT (racun makhluk perosak).
  19. Nikotin.
  20. Benzopyrine.
  21. Tar

KESAN BAHAN KIMIA TERHADAP KESIHATAN

NIKOTIN

Kesan Awal
  1. Menyempitkan saluran darah.
  2. Meningkatkan kadar denyutan jantung dan membuatkan jantung bekerja lebih kuat.
  3. Meningkatkan jumlah oksigen yang diperlukan oleh jantung.

Kesan Akhir
  1. Ketagihan.
  2. Meningkatkan tekanan darah.
  3. Menyebabkan darah membeku dengan mudah.
  4. Lebih cenderung kepada serangan jantung, strok/ulser usus dan perut.
TAR

Kesan Awal
  1. Nafas berbau.
  2. Gigi menjadi kuning.
  3. Pakaian, rumah, dan tempat kerja berbau asap.

Kesan akhir
  1. Barah paru-paru.
  2. Emfisima (kesukaran bernafas).
  3. Lain-lain penyakit barah
KARBON MONOKSIDA

Kesan awal
  1. Mengurangkan oksigen dalam darah.
  2. Kekurangan oksigen dalam darah, yang menyebabkan nafas menjadi pendek.
  3. Kurang stamina.
  4. Kurang oksigen untuk janin.
Kesan akhir
  1. Meningkatkan peluang mendapat atherosclerosis (mengecilkan dan menyekat saluran darah).
  2. Memusnahkan saluran darah dan membawa kepada penyakit saluran darah, penyakit jantung, dan penyakit paru-paru
ANCAMAN ROKOK TERHADAP ORANG SEKELILING

Wanita
  1. Kelahiran bayi kurang berat badan dan tidak cukup bulan.
  2. Lebih terdedah kepada kanser.
  3. Kurang kesuburan.
  4. Putus haid awal.
  5. Kematian dan keguguran bayi dalam kandungan.
Kanak-kanak
  1. Mudah mendapat penyakit lelah.
  2. Mendapat jangkitan paru-paru.
  3. Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu.
  4. Orang dewasa merokok menjadi contoh yang buruk kepada kanak-kanak.


EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers


BabyNurul Ain

Thursday, 7 June 2012

Tekanan darah Rendah


Masalah tekanan darah rendah biasanya berlaku pada golongan wanita...Ia adalah sesuatu yang sukar di kawal melalui pantang makanan...Tidak seperti darah tinggi yang boleh dikawal menerusi pantang pemakanan. Kurang darah dan tekanan darah rendah walaupun berbeza bunyinya tetapi ia ada kaitan ... Biasanya orang yang mengalami kurang darah akan mengalami tekanan darah rendah.. Boleh check sekiranya anda kurang yakin....Orang darah rendah tak digalakkan memandukerana mudah berasa pitam...

Tanda2 Tekanan Darah Rendah
  • pening kepala
  • sering menguap
  • peluh dingin
  • penglihatan kabur
  • cepat penat
  • x bertenaga
  • pengsan berulang
Penyebab Tekanan Darah Rendah
  • kurang pompuan dari jantung ( denyutan jantung)
  • kurang darah (luka, berpeluh berlebihan, buang air berlebihan)
  • kapasiti pembuluh darah (lebar pembuluh darah)
Makanan Yang Boleh Di Ambil
  • 'iron'
  • ikan & ayam
  • sayur bayam
  • kerang
  • soya produk
  • tempe
  • daging merah
  • Carrot
  • Folic Acid
  • Ferrous Fumarate
  • multi vitamin dan vitamin ACE
  • jus mengkudu dan spirulina madu.
  • air putih (banyak- 8 hingga 10 gelas)
Benda Yang Kena Kita Buat
  • elok byk berehat dan tenangkan pikiran
  • berpikiran positif...
  • enough sleep
  • bersenam

hmmm..hope dengan info2 ini dapat membantu kawan2 sumer k...





EditingMySpace.com - Valentines Day Dividers




BabyNurul Ain

Friday, 4 May 2012

[Health Care] Tekanan Darah Tinggi


Tekanan Darah Tinggi BUKAN Disebabkan oleh Kolesterol yang Lebih! Punca Sebenarnya AdalahPengoksidaan Kolesterol pada dinding Arteri Darah.



Berikut adalah senarai ubat-ubat yang biasanya dibagi kepada pesakit tekanan darah tinggi:

  • Diuretic - Ubat jenis ini merangsang buah pinggang supaya meningkatkan pembuangan air kencing. Tujuannya adalah untuk kurangkan kandungan cecair di dalam darah dan dengan itu rendahkan tekanan darah.
  • Vasodilator - Ubat jenis ini merangsang dinding kapilari darah supaya menjadi relaks dan lentur untuk menambah ruang saluran darah.
  • Alpha Blocker - Ubut jenis ini mengelakkan dinding saluran darah daripada menjadi tegang.
  • ACEs Inhibitor - Ubat jenis ini memberhentikan penghasilan hormon yang merangsang saluran darah menjadi tegang.


Antara kesan-kesan sampingan yang disebabkan oleh ubat-ubat hipertensi adalah:

  • Memori Lemah - Anda perasan tak? Sejak anda mula mengambil ubat-ubat hipertensi, daya ingatan anda semakin merosot. Anda kerap lupa dimana anda letak kunci kereta atau perkara-perkara yang baru berlaku tidak lama.
  • Letih dan lesu - Ramai pesakit hipertensi kerap rasa letih dan lesu, mereka rasa tiada "Ohhm...!" untuk melaksanakan kegiatan harian. Malah, terdapat juga orang rasa kekuatan batin merosot dan kerap alami sakit kepala.
  • Emotional - Anda sendiri mungkin tidak perasan tentang perubahan ini. Sila tanya ahli keluarga yang telah lama hidup bersama anda, adakah anda telah menjadi senang marah dan 'moody' sejak kebelakangan ini.




Peringkat - peringkat Perkembangan Tekanan Darah Tinggi...

Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

Apabila kandungan air di dalam darah hilang dengan banyak (akibat daripada ubat diuretic) kepekatan darah akan menjadi semakin meningkat dan ini akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar. Rintangan ini akan memaksa jantung untuk pam lebih kuat lagi yang menyebabkan tekanan darah menjadi semakin tinggi.



Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.


Peringkat Ke-3: 
Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah Tekanan Darah Tinggi akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan menjejas kualiti hidup seks anda.

Peringkat Ke-4: Kerap Sakit Kelapa atau Migrain

Ini merupakan tanda awal bahawa kapilari-kapilari darah dalam otak sudah menjadi semakin sempit dan tekanan dalaman otak sudah menjadi semakin meningkat.


Peringkat Ke-5: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau mungkin buta.

Peringkat Ke-6: Masalah Buah Pinggang, Pengerasan Saluran Darah, Fungsi Hati Merosot dan lain-lain Penyakit Sekunder.

Buah pinggang menjadi semakin lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penyingkiran cecair (tekanan) yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.

Peringkat Ke-7: Peringkat Terakhir...

Strok & Serangan Sakit Jantung

Apa yang paling menakutkan mengenai Strok dan Serangan Jantung adalah ia boleh serang pada bila-bila masa tanpa sebarang tanda-tanda awal. Apabila ia menyerang, ia mungkin kali pertama, ia juga mungkin kali terakhir...

Bagaimana Tekanan Darah Tinggi Terjadi?

Tekanan darah tinggi berpunca daripada arteri atau saluran darah yang semakin mengeras akibat daripada pembentukan plak-plak kolesterol di dalam dinding saluran darah. Untuk proses pembentukan plak kolesterol berlaku, DUAkeadaan perlu wujud:
1.) Agen Pengoksidaan
2.) LDL (Low Density Lipoprotein) - Kolesterol Jahat





sumber : http://www.tekanandarahtinggi.com/



BabyNurul Ain

Thursday, 19 January 2012

Demam

definisi:
Demam adalah suatu keadaan di mana suhu badan melebihi 370C disebabkan oleh jangkitan atau keradangan.

tanda2 & gejala:
Badan panas bila disentuh
Pernafasan meningkat
Muka menjadi merah
Tidak aktif dan lemah, sentiasa mahu tidur
Resah gelisah
Tiada selera makan
Menggigil
tindakan yang perlu diambil:
Biarkan pesakit berehat di tempat yang mempunyai peredaran udara yang baik.

Pakaikan pakaian nipis.
Beri minum air yang banyak.
Beri ubat menurut arahan
Mandi berjelum (mandi lap) jika suhu melebihi 380C.

BabyNurul Ain

Tekanan Darah Rendah

Masalah tekanan darah rendah biasanya berlaku pada golongan wanita...Ia adalah sesuatu yang sukar di kawal melalui pantang makanan...Tidak seperti darah tinggi yang boleh dikawal menerusi pantang pemakanan. Kurang darah dan tekanan darah rendah walaupun berbeza bunyinya tetapi ia ada kaitan ... Biasanya orang yang mengalami kurang darah akan mengalami tekanan darah rendah.. Boleh check sekiranya anda kurang yakin.... Orang darah rendah tak digalakkan memandu kerana mudah berasa pitam...

Tanda2 Tekanan Darah Rendah
pening kepala
sering menguap
peluh dingin
penglihatan kabur
cepat penat
x bertenaga
pengsan berulang
Penyebab Tekanan Darah Rendah
kurang pompuan dari jantung ( denyutan jantung)
kurang darah (luka, berpeluh berlebihan, buang air berlebihan)
kapasiti pembuluh darah (lebar pembuluh darah)

Makanan Yang Boleh Di Ambil
'iron'
ikan & ayam
sayur bayam
kerang
soya produk
tempe
daging merah
Carrot
Folic Acid
Ferrous Fumarate
multi vitamin dan vitamin ACE
jus mengkudu dan spirulina madu.
air putih (banyak- 8 hingga 10 gelas)

Benda Yang Kena Kita Buat
elok byk berehat dan tenangkan pikiran
berpikiran positif...
enough sleep
bersenam

BabyNurul Ain

Wednesday, 18 January 2012

Imsomnia

Most adults have experienced insomnia or sleeplessness at one time or another in their lives. An estimated 30%-50% of the general population are affected by insomnia, and 10% have chronic insomnia.

Insomnia is a symptom, not a stand-alone diagnosis or a disease. By definition, insomnia is "difficulty initiating or maintaining sleep, or both" or the perception of poor quality sleep. Insomnia may therefore be due to inadequate quality or quantity of sleep. Insomnia is not defined by a specific number of hours of sleep that one gets, since individuals vary widely in their sleep needs and practices.

Classified:


  • symptoms lasting less than one week are classified as transient insomnia,
  • symptoms between one to three weeks are classified as short-term insomnia, and
  • those longer than three weeks are classified as chronic insomnia.


Causes

Many of the causes of transient and short-term insomnia are similar and they include:


  • Jet lag
  • Changes in shift work
  • Excessive or unpleasant noise
  • Uncomfortable room temperature (too hot or too cold)
  • Stressful situations in life (exam preparation, loss of a loved one, unemployment, divorce, or separation)
  • Presence of an acute medical or surgical illness or hospitalization
  • Withdrawal from drug, alcohol, sedative, or stimulant medications
  • Insomnia related to high altitude (mountains)
  • Uncontrolled physical symptoms (pain, fever, breathing problems, nasal congestion, cough, diarrhea, etc.) can also cause someone to have insomnia. Controlling these symptoms and their underlying causes may lead to resolution of insomnia.


Causes of Chronic or Long-Term Insomnia

The majority of causes of chronic or long-term insomnia are usually linked to an underlying psychiatric or physiologic (medical) condition.

Psychological Causes of Insomnia

The most common psychological problems that may lead to insomnia include:


  • anxiety,
  • depression
  • stress (mental, emotional, situational, etc),
  • schizophrenia, and/or
  • mania (bipolar disorder)


Physiological Causes of Insomnia

The following are the most common medical conditions that trigger insomnia:


  • Chronic pain syndromes
  • Chronic fatigue syndrome
  • Congestive heart failure
  • Night time angina (chest pain) from heart disease
  • Acid reflux disease (GERD)
  • Chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Nocturnal asthma (asthma with night time breathing symptoms)
  • Obstructive sleep apnea
  • Degenerative diseases, such as Parkinson's disease and Alzheimer's disease (Often insomnia is the deciding factor for nursing home placement.)
  • Brain tumors, strokes, or trauma to the brain


High Risk Groups for Insomnia

In addition to people with the above medical conditions, certain groups may be at higher risk for developing insomnia:


  • Travelers
  • Shift workers with frequent changing of shifts
  • Seniors
  • Adolescents or young adult students
  • Pregnant women
  • Women in menopause
  • People who use abuse drugs
  • Alcoholics


Medication Related Insomnia

Certain medications have also been associated with insomnia. Among them are:


  • Certain over-the-counter cold and asthma preparations.
  • The prescription varieties of these medications may also contain stimulants and thus produce similar effects on sleep.
  • Some medications used to treat high blood pressure have also been associated with poor sleep.
  • Some medications used to treat depression, anxiety, and schizophrenia.



BabyNurul Ain

Monday, 28 November 2011

Resdung

Resdung
(sinusitis) adalah radang pada lapisan rongga hidung yang memiliki
beberapa pasangan iaitu frontal, ethmoid, maxillary dan sphenoif.


punca 

Alahan. Iaitu terhadap jenis makanan tertentu, habuk, parasit (demodex) dan kutu. Apabila anda mengalami alahan, daging yang bertindak sebagai penapis udara di dalam hidung akan membengkak.  Seterusnya, ia menyebabkan pergerakan udara tak dapat dikeluarkan. Kalau udara tu tak dapat keluar, ia
pastinya akan terkumpul kat dalam tu. Kesannya, kulat akan tumbuh dan kawasan dalam hidung menjadi semakin membengkak. Anda yang pernah mengalaminya pasti tahu tahap kesakitannya. Huhuhu... Lebih parah lagi, resdung ni boleh merebak ke bahagian mata. Akibatnya, anda boleh hilang deria penglihatan dan ia juga boleh menjangkiti otak. Tapi, resdung ni tak berjangkit kat orang lain atau  diwarisi oleh keturunannya.


petua mencegah resdung;


1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.

3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumah, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam. Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tu.


BabyNurul Ain