Aku & Shah
aku rasa ramai yang punya pelbagai pengalaman cinta. Begitu jugak lah dengan aku. Kali nie nak cerita pasal cerita jarak jauh. Bagai kisah cinta aku dan Shah. Cinta jarak jauh. Jauhnya beribu batu. Jam juga berbeza 8 jam.
Aku berkenalan dengan Shah di sebuah laman chat mirc yang terkenal. Kampung chat namanya. Dulu, aku memang hantu. Selalu sahaja online kampungchat. Entah macam mana entah aku boleh berkenalan dengan Shah. Tapi aku bersyukur sebab Allah temukan kami walaupun cuma dialam maya.
Bermula sebagai kawan, kemudian semakin rapat mungkin bagai abang dan adik. Dengan dia, aku rasa selesa sangat. Aku selalu berkongsi cerita dengan dia. Kalau ada apa-apa yang aku nak tahu pon kadang-kadang aku tanya dia.
Pada mulanya memang aku tak sedar bila aku sayangkan dia. Bila pula aku punya rasa sayang dan kasih padanya. Namun aku tahu bila dia tak ada dengan aku. Aku rasa kehilangan. Siyesly aku rasa kehilangan sangat-sangat. Hari aku tak sempurna tanpa dia.
Bila aku hilang dia 2 bulan.. eh dua bulan ke? Entah la tak berapa nak pasti. Tapi dia memang hilang dalam masa beberapa bulan. Lepas tu, entah macam mana aku dapat track balik dengan dia. Aku rasa gembira sangat-sangat.
Bila kami berjumpa kembali selepas 2 bulan terputus hubungan. Kami semakin rapat. Kemudian, dia mula bertanya mengenai rasa sayang. Memang betul aku sayangkan dia. Namun, masa itu aku ada kekasih orang. Bagaimana sayang boleh ada pada 2 orang? Aku sendiri pon kurang pasti. Namun rasa sayang buat shah tidaklah sebagai satu kunci untuk aku bersikap curang.
Begitulah kisah kammi., bila aku single, dia pula ada pasangan. Bila dia single, aku pulak ada pasangan. Sampailah satu ketika, aku dan dia single. Dia malamar aku menjadi kekasihnya. Sungguh, aku rasa gembira sangat. Namun, aku masih canggung. Bagaimana nak melayan dia, bagaimana nak mesra dengan dia. Dan pebagai persoalan bermain diminda.
Setiap apa yang kita lakukan, kita perlukan pengorbanan. Begitu juga dengan kami, perbezaan 8 jam antara kami merupakan salah satu daripada dugaan kami. Sebagai pelajar,, aku mengorbankan sedikit masa tidurku untuk berhubung dengannya, manakala dia sendiri memperuntukkan sedikit masa untukku. Sungguh aku rasa bahagia, gembira.
Kami sangkakan panas hingga ke petang namun hujan ditengah hari. Apa rancangan dan harapan kami tidak kesampaian kerana hubungan yang kami harapkan berpanjangan terputus ditengah jalan. Sebab perpisahan ini biarlah aku dan dia sahaja yang tahu. Tapi.. aku bersyukur kerana pernah bertemu dengannya. Dan tanpa segan aku mengatakan aku sayangkan dia.
BabyNurul Ain
No comments:
Post a Comment