xde keje..so saje je la baby dok usyar2 kat internet
tengok tengok gambar dan dapat maklumat sedikit pasal dunia kan..
kali nie.. baby fokus pada Pulau yang tercantik di Dunia.
kenapa??? saje je..
mana lah tahu kot2 nak berjalan2 satu hari nanti kan..
1. Pulau Bora-Bora
Pulau Bora-Bora merupakan satu diantara gugusan pulau yang terdapat di Polinesia. Perkataan Bora-Bora ini datangnya dari bahasa Haiti “pora-pora” yang bermaksud “anak pertama”. Pulau ini terletak 230 kilometer di barat laut Papetee dan dikelilingi lagun biru dan terumbu karang yang cantik. Di tengah pulau pula terdapat dua puncak gunung berapi yang tidak aktif bernama Gunung Pahia dan Gunung Otemanu.2. Pulau Baros
Pulau Baros ini terletak di Maldives. Ia merupakan diantara pulau yang masih “dara” dan tidak diganggu. Pulau ini ditinggalkan oleh manusia ketika pemerintahan Maharaja Sultan Hassan Nooraddeen diatas sebab-sebab yang tidak diketahui. Keunikan pulau ini adalah pada kecantikannya dan keadaan pulau yang masih tidak diganggu oleh pembangunan pesat seperti pulau-pulau lain.3. Pulau La Digue
Pulau La Digue merupakan pulau keempat terbesar yang didiami manusia di Seychelles. Pulau La Digue mendapat namanya sempena nama kapal seorang pengembara Perancis yang bernama Marc-Joseph Marion du Fresne yang melawat Seychelles pada tahun 1768. Dipulau ini terdapat sejenis burung yang sangat unik dan terancam bernama Black Paradise Flycatcher. Cuma terdapat 100 ekor burung ini di dunia. Selain daripada pantainya, keindahan pulau ini juga dapat dilihat pada kawasan gunung dan payanya.4. Pulau Sipadan
Tidak lengkap jika tidak memasukkan pulau indah dari negara kita ini. Pulau Sipadan merupakan Pulau yang terletak di timur Sabah, Malaysia yang terkenal dengan habitat laut yang terkaya di dunia. Ia didiami oleh pelbagai haiwan marin yang cantik seperti penyu, batu karang dan ikan-ikan dari pelbagai spesis. Ia merupakan diantara tempat selam scuba yang paling terkenal di dunia.
BabyNurul Ain
No comments:
Post a Comment