Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..:: Selingan Cinta::..

Flying BeeFlying BeeFlying Bee Flying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee

Tuesday, 17 January 2012

Apakah Makna BAHAGIA?


APAKAH MAKNA KEBAHAGIAAN?



Ini kisah berkenaan dengan hubungan cinta antara seorang lelaki dan perempuan. Kononnya saling mengasihi dan menyayangi. Konon juga membawa bahagia selain membantu memberi sokongan dan dorongan dalam pelajar almaklumlah bercinta semasa bergelar pelajar.

Namun adakah itu dianggap bahagia dan membahagiakan apabila ade pihak diantara pasangan tersebut terlalu mengongkong? Kata memahami namun bila diminta sedikit ruang untuk difahami terus berperang mulut berjam-jam lamanya? Bila lewat membalas mesej atau tidak dapat berborak panjang di telefon, 1001 sumpah seranah dihamburkan tidak termasuk dengan tuduhan-tuduhan melampau. Adakah ini Bahagia?

Adakah itu dianggap bahagia dan membahagiakan apabila sering bergaduh? Terlalu banyak perkara yang sering dianggap remeh dan menjadi punca pergaduhan. Kadang-kadang motif dan sebab gaduh cuma sangat sangat kecil boleh menyebabkan pergaduhan yang sangat besar. Hingga kadang-kadang maruah dan harga diri pasangan diletakkan di tempat yang terlalu bawah. Ape maknanya apabila dihina dengan perkataan yang melampau seperti “perempuan sundal”, “perempuan jalang” dan sebagainya tetapi apabila marah reda kembali bersayang-sayang. Kata perpisahan pula seringkali dijadikan perisai. Adakah ini Bahagia?


Apakah ia dianggap bahagia dan membahagiakan apabila terlalu berprasangka? Tidak berkeyakinan, tiada kepercayaan, adakah itu boleh membawa bahagia? Setiap apa perkerjaan, perbuatan sang kekasih kononnya membawa maksud tersirat yang kononnya mengundang kepada kecurangan pasangan. Bukan itu sahaja, kalau si kekasih keluar bersama dengan kawannya, konon melupakan dirinya dan ingin menghiburkan diri bersama dengan kekasih baru. Adakah ini Bahagia?

Adakah dianggap bahagia dan membahagiakan apabila tidak mampu berkomunikasi dengan baik? Komunikasi yang baik adalah datang dari dua atau tiga pihak yang saling berkomunikasi. Komunikasi yang baik adalah komunikasi 2 hala iaitu antara penyampai dan pendengar yang saling berinteraksi. Tapi, bagaimana pula jika komunikasi hanya pada satu pihak sahaja. Dia sahaja yang nak bercakap, tidak boleh dipintas langsung, semuanya dia yang betul, dia saja yang bijak, dia saja yang tahu tapi bukan semua apa yang dikatakan dia itu betul dan tepat pada hakikatnya. Kita tidak boleh dan tidak dibenarkan untuk membela diri langsung. Adakah ini Bahagia?

BabyNurul Ain

No comments:

Post a Comment