Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

..:: Selingan Cinta::..

Flying BeeFlying BeeFlying Bee Flying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee Flying BeeFlying BeeFlying BeeFlying Bee

Monday, 6 May 2013

The Very First Time Voting


fuhh penat.. baru dapat rehat la katakan... huhu..
so.. kita coret coret sedikit la ekk..
kali nie baby nak story morry pasal Mengundi.

tahun 2013 nie adalah kali pertama dalam sejarah hidup baby sebagai pengundi.
mana taknye.. masa pilihanraya 2008 dulu umur tak cukup..
so.. dok diam and tengok je la kan..
kali nie dah cukup umur... ape lagi.. tunaikan tanggungjawab.



..:: ANTI - POLITIK ::..

kalau korang nak tau.. baby antara manusia yang Anti-Politik..
so.. to be frank.. baby ni neutral dalam politik.
kenapa??? 
sebab baby fikir politik ni kotor.. oran-orang dalam politik tu pon kotor.
pekara-perkara yang dipolitikkan tu dah jadi macam tunggang terbalik
boleh buat orang confuse dan tertanya-tanya..
selalunya baby dengar je ape yang orang citer.. radio & tv laporkan.
tapi nak kata percaya 100% tu memang tak lah.
kena buat reseach teliti pasal sesuatu bab then baru boleh percaya sikit
tapi. biasanya baby buat donno je.. malas katakan

fokus baby  more pada benda-benda lain..
pada pelajaran.. si kekasih hati.. boss terchenta lagi..
so.. tak de masa sangat nak buat detail research.. tambahan tak ada medium yang betul2 sahih.
TAPI.. disebabkan bidang yang baby belajar nie ade la sikit sikit dengan politik..
so.. kena la amik tau sikit sikit..
itu yang bila dapat asignment pasal politik, baby akan meroyan + start menyusahkan Mr Batman



..:: Kempen ::..

macam baby cakap tapi... i dont really care pasal politik.
so.. kempen2 ni memang taklah nak join..
tak rajinn.. baik duduk rumah..
*teruk kan??*
tapi disebabkan ade assignment yang nak kena buat
thanx to Madam Haslita sebab anda saya pergi berkempen 1 day.
boleh masok dalam Malaysia's book of Records nie... hehe..
tapi disebabkan baby dapat assignment tu lambat and tak sempat nak kejar banyak ceramah dan program kempen..
Thanx to Mr Batman, Fiqri & Raihana sebab tolong dapatkan details pasal ceramah nie.
walaupon korang bizi tapi tetap baik hati membantu.
cuma 1 je yang buat baby agak geram... why dorang update program tu daily ek??
bukan ke bagus dorang buat program dan war-warkan per minggu..
senang~!!! ni tak... ikut hari... susah wooooo



..:: Undi ::..

pelik memang pelik... alamat rumah sama.. tapi kenapa tempat lain-lain ek?
siyesly... kat rumah nie.. ade 4 orang yang boleh mengundi..
papa... mama.. baby.. n adik
since baby ade no IC mama and papa.. baby check la sekali maklumat kempen diorang..
Baby - Tempat mengundi : SK Seafield USJ 6 (DUN Subang Jaya)
Papa - tempat mengundi SK Seafield USJ 6 (DUN Subang Jaya)
Mama - tempat megundi : SK Kelana Jaya 1 & 2 ( DUN Seri Setia)
benda nie datang kemusykilan jugak lah...

anyhow at my place tak ada apa yang berlaku..
takde rusuhan.. takde pergadohan.. takde provokasi..
amaaaaaaaaannnn jer.. so.. undi pon dengan senang hati.



..:: Dakwat Kekal ::..

hurm.. bende nie yang buat baby gerammmmmmmm sangat..
fine.. kena cat kat jari... ikutkan aje lah..
katanya dakwat kekal ... TAPI
ok.. mungkin boleh faham if orang kata kena tunggu few minutes untuk dakwat tu kering.
after 5 - 10 minutes mengundi... hujan turun dengan lebat..
think of it.. kata dakwat kekal.... takkan boleh merebak (i donno the terms)
kena air hujan sedikit je kot.. takkanlah bende yang dah kering tu boleh menggedik macam tu sekali..
and now u think... tangan baby habis sebelah kaler biru (dakwat)

*dah mcm hulk versi biru*
sekarang u tell me.. macam mana nak masak? basuh pinggan? solat?
yang buat baby pelik teramat sangat.. sejak terkena air yg pertama..memang merebak je kejenya dakwat tu bila terkena air / unsur air.
habis cawan, pinggang, sudu lekat kaler biru... tak ke banganggg namanye...
for me... menyusahkan~!! geram ~!! dan agak menyakitkan hati~!!

pasal orang kata boleh cuci dengan Sunlight/ pencuci sabun yang lain..
think of it ye.. kadang-kadang kita tak perasan bende tuk merebak...
and dakwat tu pulak jenis senang je kering kalau ter-COP kat cawan, pinggang tu..
stresss wooo~!!
satu lagi.. habis rosak struktur permukaan kuku..
dah tak cantik dahh.. =(





Love,
BabyNurul Ain

Saturday, 4 May 2013

Lirik Lagu Around The World - Mizz Nina & Jay Park


I'm living my life

Cause this is my time 
And I feel like touching the sky 
I travel the globe 
I want you to roll 
Around the world 
Around the world we go 

Mizz Nina 
Nope, some can not keep up (up up) 
Catch me jet-setting from point A to B 
And if we're only living once, once once 
Best believe we're making history 
From Malaysia to Korea 
Gonna need a couple of visas 
While I'm rackin up the miles 
I'm gonna go wild wild wild 


Jay Park 
I'm living my life 
Cause this is my time 
And I feel like touching the sky 
I travel the globe 
I want you to roll 
Around the world 
Around the world we go 

Around the world 2X 

Gonna set it off up in this club (set it off set it off) 
I feel like floating when you're touching me 
Feels like I'll never get enough,  enough  enough 
Gootta leave your country 
But i'll be back in week 
From Korea to Malaysia 
On a very special occasion 
Girl I'm racking up the miles 
So let's get wild wild wild 

I'm living my life 
Cause this is my time 
And i fell like touching the sky 
I travel the globe 
I want you to roll 
Around the world 
Around the world we go 

Around the world 2X 

Jay Park Rapping
Yaw, 
I'm packing my bags, heading to the airport, 
Book a first class ticket and get on the plane. 
At the concert I'll enjoy my stage 
And after party we toast and pour the drinks. 
I'm circling the globe over and over even today I don't know 
sold my love like a AHJIK SOLO 
But it's all good we can start with you girl 
Jay Park Mizz Nina go around the world. 

Mizz Nina 
Flying, flying , flying high oh oh 
Make a move  make a move make a move around the world 


Jay Park 
I'm living my life 
Cause this is my time 
And i fell like touching the sky 
I travel the globe 
I want you to roll 
Around the world 
Around the world we go 








Love,
BabyNurul Ain

Friday, 3 May 2013

Craving for Starbucks


maaf. kerana agak banyak mengabaikan blog ini..
bukan ape.. bizi laaaaa..
banyak kerja nak dibuat..
so.. baby pon terpaksalah update berkala..



orite.. just nak citer yang baby CRAVING FOR STARBUCKS
ala.. yang coffee tu..
memang agak sedikit mahal..
but bila tekak dah menggedik menggatal nak jugakkkkk bende alah tu..
rasanya ok kot... bedal je la walaupon harga satu cup tu RM 15 secawan

mula-mula tu ingat baby malas nak layan tekak..
banyak lagi ice blended lain.. yang kononnya murah dan sedap..
TAPI.. puas dah baby beli ice blended tu sumer..
termasuklah COOL BLOG dan EACH A CUP
tapi.. tekak tetap nak STARBUCKS jugak..
*tengok.. demand kan tekak aku*

so.. dengar citer Starbucks ade promotion...

Photo: HAPPY HOUR is back!

Enjoy half-price off your Frappuccino blended beverage every Tuesday & Friday. Promo until 31st May 2013. *T&C apply

*Valid from 23 April till 31 May 2013.
* Not valid with any other promotion or discount.
*Applicable in all Starbucks stores in Malaysia except Genting Highland stores.
*Applicable for purchase of Frappuccino blended beverages with Stabucks Card only.
*Purchases during Happy Hour using the Starbucks Card are not entitled to card trackers
Photo: Definitely different without our favorites. Don't you think so? :)

*Valid from 23 April till 31 May 2013.
* Not valid with any other promotion or discount.
*Applicable in all Starbucks stores in Malaysia except Genting Highland stores.
*Applicable for purchase of Frappuccino blended beverages with Stabucks Card only.
*Purchases during Happy Hour using the Starbucks Card are not entitled to card trackers









Love,
BabyNurul Ain

Batman's Love Quote




No matter how far u go..
How high u climb..
How deep u dive..
Remember..
At 1 part of this world..
There is a man who smile when u happy..
And cry when u sad..
He will always be there for u..
To be ur friend..
To be ur accompany..
To be ur servant..
To be ur husband..
He will always waiting for u





Love,
BabyNurul Ain

Kewartanan Internet Mempunyai Kredibiliti Lebih Rendah Daripada Media Arus Perdana



KEWARTANAN DALAM TALIAN MEMPUNYAI KREDIBILITI YANG LEBIH RENDAH DARIPADA MEDIA ARUS PERDANA.




Kamus Dewan Bahasa edisi keempat 2005, mendefinisikan kewartawanan sebagai hal yang berkaitan dengan bidang tugas wartawan. Segala yang berkaitan dengan hal penerbitan dan penulisan surat khabar atau majalah. Terdapat hunungan yang jelas antara maklumat atau berita dengan wartawan. Wartawan pula bermaksud orang yang menulis berita atau rencana untuk surat khabar atau majalah. Wartawan juga adalah individu yang ditugaskan untuk mendapatkan maklumat untuk disampaikan kepada khalayak. 


Wartawan mempunyai tanggungjawab untuk menyalurkan maklumat berkaitan sesuatu perkara kepada umum melalui medium-medium massa yang sedia ada. Namun, dengan teknologi yang semakin canggih, ramai yang mengambil peluang untuk berkongsi maklumat melalui medium atau aplikasi yang ditawarkan di alam maya.

Kita selalu bangga dengan kemudahan yang sedia ada, maklumat itu bagaikan dihujung jari kita sahaja. Tetapi sejauh mana kesahihan maklumat yang disampaikan? Bagaimana pula dengan kredibiliti orang yang menyampaikan maklumat tersebut?

WARTAWAN MEDIA ARUS PERDANA MELAPORKAN SESUATU ISU ITU MELALUI LAPORAN DARI PROGRAM-PROGRAM YANG DIHADIRNYA SENDIRI ATAUPUN DARI SUMBER MAKLUMAT YANG BOLEH DIPERCAYAI SAHIHNYA DAN MAKLUMAT-MAKLUMAT INI DISERTAKAN DENGAN BUKTI. BUKTI PULA BERGANTUNG KEPADA BEBERAPA JENIS ANTARANYA IALAH VIDEO RAKAMAN, GAMBAR ATAUPUN SESI TEMUBUAL BERSAMA DENGAN ORANG YANG KREDIBILITI UNTUK MENGULAS MENGENAI PERKARA TERSEBUT.

NAMUN BEGITU, MELALUI PENGAMATAN SAYA, PENULIS DIATAS TALIAN LEBIH BANYAK MENGGUNAKAN SUMBER-SUMBER YANG DIDAPATI DARIPADA LAMAN SESAWANG YANG LAIN DAN MEMBUAT KESIMPULAN DARIPADA MAKLUMAT-MAKLUMAT YANG DIPEROLEH. KADANG-KADANG, SUMBER YANG DIBACA TERSEBUT BOLEH DIRAGUKAN KESAHIHANNYA.

sudah sedia maklum, seorang wartawan perlu mematuhi etika-etika kewartawanan yang perlu dipegang ketika menjalankan tugas. Mereka perlu jujur dan telus dalam menyampaikan informasi tersebut walaupon ditulis dari pelbagai sudut yang berbeza. Tetapi adakah mereka yang menulis didalam aplikasi dalam talian memegang kuat pada prinsip dan etika yang sama? Perkara itu amat meragukan.

Jika dikira dari sudut penulisan, semua orang boleh menulis dan menaip, namun bagaimana pula mereka mendapatkan informasi mengenai sesuatu isu atau perkara. wartawa media arus perdana diberi garis panduan yang ditetapkan oleh syarikat mengenai cara tulisan dan bentuk tulisan yang dikehendaki mereka. Tetapi adakah perkara yang sama berlaku kepada penulis media atas talian?

Terdapat juga penulisan diatas talian yang menulis maklumat mengikut emosi sahaja. Contohnya, ketika dia sedang marah kepada sesuatu pihak mungkin disebabkan rasa tidak puas hati dirinya sendiri namun menceritakan di dalam laman maya dengan penuh emosi tentang sesuatu perkara.

Terdapat juga penulis ATAS TALIAN yang hanya menyampaikan maklumat mengikut citarasa dan pemikiran sendiri. Kata orang “kata-kata yang datang dari hati” atau juga dikenali sebagai “heart-to-heart conversation”sehingga mengabaikan perasaan pembaca. maklumat sebenar yang cuba disampaikan oleh sumber KELIHATAN TERSASAR JAUH DARI APA YANG DISAMPAIKAN. ADA JUGA DIANTARA MEREKA YANG MEMILIH INPUT-INPUT YANG MENARIK DAN MENGABAIKAN BEBERAPA PERKARA YANG MEREKA RASA TIDAK MENARIK ATAUPUN YANG BERCANGGAH DENGAN KESUKAAN MEREKA KETIKA MELAPORKAN MENGENAI ISU TERSEBUT.  


Sebelum sebarang berita disiarkan melalui media arus perdana, sesebuah maklumat tersebut akan melalui beberapa proses dan maklumat tersebut akan ditapiS beberapa kali sebelum disiarkan kepada orang awam. Antaranya ialah proses “proof reading”.PROSES TERSEBUT PULA MELIBATKAN BEBERAPA INDIVIDU DAN IA ADALAH UNTUK MEMASTIKAN MAKLUMAT TERSEBUT ADALAH HASIL YANG TERBAIK DAN MENEPATI KEHENDAK SYARIKAT DAN PEMBACA MEREKA. Namun mengikut pengetahuan saya, penulis atas talian tidak melalui proses tersebut, dan penulisan yang dimuatnaik adalah penulisan “first-hand writing” TANPA TAPISAN DARI PIHAK KETIGA. 





Love,
BabyNurul Ain

Kebebasan Berita dan Informasi Siber Suatu Paradoks




 Online article’s review 


"kebebasan berita dan informasi 

siber: suatu paradoks"



Kebebasan berita dan informasi siber: suatu paradoks.  Paradoks berdasarkan Kamus Dwibahasa Oxford bermaksud kenyataan yang bercanggah tetapi mengandungi kebenaran. Penulis menegaskan isu bahawa kebebasan berita dan informasi siber mengandungi kenyataan yang saling bercanggahan tetapi ia mengandungi kebenaran.

Di dalam artikel tulisan Suara Murba ini, penulis menggunakan struktur bahasa yang tinggi di dalam penulisannya. Contohnya penggunaan perkataan‘paradoks’, ‘sarjana media’, ‘segregasi’, ‘ethnosentrisme’, ‘anarkisme’, ‘lewah’, ‘balkanisasi’, ‘wahana’ dan ‘anarkis’. Kadangkala perkataan yang digunakan sukar difahami sepintas lalu dan ia memerlukan pembaca untuk lebih focus dan berfikir secara kritis dan membuat bacaan tambahan untuk memahami konteks ayat berkenaan.

          Tiada penapisan internet membolehkan penulis bebas untuk berkongsi maklumat, ideologi dan fahaman mereka terhadap sesebuah isu. Disebabkan tiada sebarang akta yang melibatkan penapisan internet, ia dilihat sebagai medan yang sesuai untuk menyampaikan maklumat yang dilarang penggunaannya di media tradisional. Oleh sebab itu, ramai yang menggunakan internet sebagai medium untuk mengkritik dan melepaskan amarah mereka mengenai sesuatu perkara. Namun begitu, tanpa tapisan internet juga boleh mengundang imej yang buruk kepada Negara dimana melalui kecanggihan teknologi, pembaca dari seluruh pelusuk dunia mempunyai akses untuk mendapatkan maklumat dan boleh mewujudkan pandangan negatif sekiranya mereka membaca artikel karangan penulis yang kurang berkreadibiliti.

Dengan kecanggihan teknologi yang semakin berkembang, media siber dilihat lebih berpotensi untuk menyebarkan maklumat dengan lebih meluas kepada pembaca yang lebih besar. Hal ini kerana, ia dilihat dapat memenuhi kehendak dan keperluan pembaca yang menginginkan maklumat yang senang untuk diperoleh dengan masa yang singkat dan kurang kos yang perlu diperuntukkan. Akan tetapi kesahihan maklumat yang digunapakai oleh penulis diatas talian sebagai rujukan menjadi tanda Tanya. Kadangkala penulisan di internet lebih cenderung kepada pendapat persendirian yang dicampur dengan pergolakan emosi  seterusnya dimuatnaik untuk dikongsi kepada orang ramai.

Dapat kita lihat, di Malaysia, terdapat segragasi sosial dimana kebanyakan bangsa dipecah-pecahkan mengikut  bangsa masing-masing seperti di dalam aspek pendidikan. Media massa juga disegregasikan dimana setiap kaum besar diMalaysia mempunyai akhbar yang menyampaikan maklumat di dalam bahasa masing-masing contohnya Utusan Melayu, Nan Nyang Siang Pau dan Tamil Neesan yang melaporkan berita menggunakan bahasa ibunda masing-masing dan mengetengahkan fahaman ideologi untuk kepentingan bangsa mereka. melalui segregasi ini ia dapat membentuk nilai negatif seperti semangat taksub pada perkauman. Hal ini terjadi kerana kurang persefahaman dan juga kurang pengetahuan mengenai sesuatu perkara di antara kaum-kaum tersebut. Saya rasa adalah wajar tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperkenalkan ideology 1 Malaysia yang bertujuan untuk menyatupadukan kaum-kaum yang terdapat di Malaysia agar lebih memahami sekaligus untuk mencapai perpaduan dan keamanan sejagat.

Seperti yang kita ketahui, setiap wartawan media arus perdana perlu berpegang teguh pada prinsip dan etika kewartawanan. Walaupon cara mereka melaporkan terhadap sesebuah isu adalah berbeza namun mereka harus tetap berpaksikan kepada prinsip dan etika kewartawanan tersebut. Tetapi melalui pengamatan saya, penulis diatas talian tidak berpegang pada prinsip dan etika yang sama malah mereka cenderung melaporkan mengikut citarasa dan kehendak sendiri. Ia adalah kerana mereka mengatakan bahasa falsafah kewartawanan tersebut bagaikan mengekang kebebasan mereka bersuara.

Penulisan wartawan media tradisional perlu melalui beberapa proses yang penting seperti ‘proof reading’ sebelum disiarkan didalam akhbar. Ia bagi memastikan maklumatkan yang disampaikan bertepatan dengan garis panduan penulisan yang dikehendaki oleh syarikat dan bersikap telus. Namun bagi penulisan di internet, mereka tidak melalui proses tersebut, kiranya apa yang dikarang itu akan terus dimuatnaik di laman maya tanpa proses tapisan oleh mana-mana pihak. 





Love,
BabyNurul Ain